KUCHING: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdulah hari ini mengumumkan Sabtu, 7 Mei depan sebagai tarikh pilihan raya negeri Sarawak ke-11.
Tarikh penamaan calon pula akan berlangsung pada 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei depan.
“Majlis penyerahan writ pilihan raya akan berlangsung pada petang ini, 14 April,” katanya pada sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di Merdeka Palace Hotel & Suites dekat sini sebentar tadi.
Mesyuarat bermula sekitar 9.40 pagi tadi berlangsung selama dua jam.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.