Klang: Seorang ibu menerima kejutan menyedihkan apabila diberitahu anaknya menggunting lidah sendiri akibat dibuli dalam kejadian di sekolah rendah, di sini, kelmarin.
Wanita terbabit menerima panggilan daripada pihak sekolah memaklumkan anak lelakinya itu cedera pada lidah dan segera ke sekolah berkenaan sebelum anaknya dibawa ke Hospital Ampuan Rahimah, di sini, untuk mendapatkan rawatan.
Menurut sumber, selepas didesak, budak lelaki berusia lapan tahun itu, menceritakan kejadian sebenar.
"Budak darjah dua itu difahamkan dibuli oleh lima murid darjah tiga. Mereka mengarahkan mangsa memotong lidahnya, jika enggan, mereka akan membelasah mangsa.
"Dia (mangsa) yang takut dengan ugutan itu terus menggunting sebahagian lidahnya hingga mengakibatkan cedera," katanya.
Ibu mangsa ketika dihubungi berkata, anaknya kini dalam keadaan baik.
"Saya mengetahui perkara ini dari anak saya, tetapi saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
Gambar budak lelaki itu tersebar di laman sosial, semalam sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat.
--Harian Metro 26/03/2016
26 March 2016
Disuruh Gunting Lidah
SPDP Bekenu Terima Pencalonan Rosey, Syarat Jangan Guna TERAS
BINTULU: Bahagian Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Bekenu menyatakan pendirian mereka akan menerima kembali dan menyokong penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N71 Bekenu iaitu Rosey Yunus sekiranya beliau ingin bertanding di kawasan itu semula tetapi harus mengguna tiket SPDP dan bukan mewakili Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).
Ketua SPDP Bahagian Bekenu, Kaunselor (Kr) Sebastian Janting Takin berkata, setelah diumum Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri mengenai calon kerusi Bekenu semalam iaitu Rosey Yunus, mereka tidak akan menolak pencalonan beliau.
“Sememangnya kerusi Bekenu milik SPDP, namun pendirian kami bagi sesiapa ingin bertanding kerusi itu, ia seharusnya mewakili SPDP,” ujarnya bercakap dalam sidang media di Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Bintulu di Parkcity Commercial Centre semalam.
Katanya, SPDP Bekenu dan ahli majlis SPDP mengharap wakil bertan-ding di Bekenu kelak perlu mengguna lambang SPDP.
“Ia disebabkan kerusi Bekenu dan SPDP masih dalam BN, tidak pernah keluar dari BN dan pucuk pimpinan BN juga tidak pernah menyatakan kerusi Bekenu milik parti lain,” tambahnya.
Kr Sebastian berkata, ia bermakna kerusi Bekenu kekal milik SPDP dan sekiranya Rosey diberi peluang bertanding di kerusi Bekenu, beliau perlu menggunakan lambang SPDP dan bukan TERAS memandangkan jika mewakili parti lain, ia menyalahi dan melanggar perlembangan BN.
“Kami menerima Ro-sey sebagai calon untuk bertanding di Bekenu juga kerana atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kami berbincang dengan Presiden SPDP, Datuk Seri Tiong King Sing yang menasihat sekiranya calon itu bertanding di Bekenu serta ingin kembali semula ke pangkuan SPDP, kami harus menerimanya,” ujarnya.
Beliau berkata, pihak-nya bertegas dengan perkara itu dan ahli-ahli lain turut bersetuju serta telah berbincang panjang lebar mengenainya.
“Begitu juga kawasan-kawasan lain seperti di Batu Danau tetapi kami tidak mahu mengulas lanjut mengenai kerusi itu dan ahli-ahli di kawasan itu turut berpendapat yang sama,” jelasnya.
Setakat ini katanya, calon yang diumumkan oleh Ketua Menteri adalah di Lambir (PBB) dan Bekenu (SPDP) masing-masingnya penyandang dua kerusi tersebut iaitu Ripin Lamat dan Rosey Yunus.
“Namun calon bagi kerusi lain yang melibatkan Batu Danau dan Marudi belum diumumkan lagi. Terpulang kepada pengerusi BN negeri yang juga Ketua Menteri Sarawak untuk membuat keputusan mengenai calon kerusi tersebut,” kata Kr Sebastian.
--Utusan Borneo 25/03/2016
24 March 2016
Adenan Nafi Umum Nama Entri Sebagai Calon Marudi
Penduduk Baram Gembira Kerajaan Memulangkan Tanah NCR Mereka
Gambar Hiasan |
Suhu Panas di Sarawak Masih Selamat
Madius (kiri) melakukan simbolik perasmian Hari Meteorologi Sedunia 2016, Pejabat Meteorologi dan Stesen Radar Meteorologi Miri semalam. |
22 March 2016
Lelaki Ditemui Mati Dalam Sebuah Van
BAU: Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah van berhampiran Kampung Sungai Pinang di sini, semalam.
Menurut sumber, insiden itu disedari oleh seorang pemandu lori sekitar jam 10 pagi apabila ternampak sebuah van yang dalam keadaan mencurigakan.
Difahamkan, ia ditemui dalam keadaan tali hos disambungkan dari ekzos ke dalam van melalui tingkap belakang.
Pemandu lori muatan tanah itu yang seterusnya memeriksa van itu mendapati seorang lelaki dalam keadaan kaku, dipercayai meninggal dunia dalam van berkenaan, sebelum menghubungi polis bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Difahamkan, turut dijumpai dalam kereta mangsa selain dompet adalah rekod perubatan dan ubat.
Mayat mangsa yang dikenal pasti sebagai Yeo, 45, dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.
Kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
--Utusan Borneo 22/03/2016