24 March 2016

Penduduk Baram Gembira Kerajaan Memulangkan Tanah NCR Mereka


Gambar Hiasan
KUCHING: Penduduk Baram kini menarik nafas lega dan dalam suasana girang selepas kerajaan negeri memulangkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang sebelum ini diwartakan untuk pembinaan projek empangan hidroelektrik di situ.
Namun menurut Pengerusi SAVE Rivers Peter Kallang, di sebalik kegembiraan dan kemenangan itu masih ada yang berasa ragu-ragu dan langkah berhati-hati diambil penduduk terbabit.
“Ekoran pembatalan itu, penduduk Baram sangat gembira. Hak-hak mereka ke atas NCR kini sah. Kira-kira 40,000 hektar tanah diperuntukkan bagi cadangan membina Empangan Hidro-elektrik Baram dan kawasan takungannya, melibatkan tanah pertanian, tanah perkuburan dan hutan simpan kampung-kampung,” katanya.
Beliau menambah, pembatalan itu dimaklumkan secara bertulis bertarikh 15 Mac 2016 oleh Pejabat Undang-Undang Negeri di Pejabat Peguam Ne-geri Sarawak menerusi peguam mewakili penduduk di situ, Harrison Ngau.
Bagi Jok Eng dari Long Keseh, salah seorang penduduk yang mengendaikan sekatan jalan di Baram lebih dua tahun lalu, pembatalan itu berita yang amat menggem-birakannya.
“Saya berharap untuk me-miliki tanah saya semula secara sah. Itulah sebabnya saya melakukan sekatan jalan selama ini, saya akan terus tinggal di sekatan ini dan menunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan.
“Beberapa bahagian tapak yang dicadangkan untuk empangan hidro ini adalah milik saya dan ahli keluarga,” kata-nya.
Sementara itu, Nungang Anyie dari Long Liam berkata: “Saya sangat gembira tetapi pada masa sama berharap ini tidak sekadar gimik pilihan raya dan kerajaan ikhlas melakukannya.
“Bagi menunjukkan kerajaan benar-benar ikhlas, saya memohon Sarawak Energy Berhad menarik balik saman mereka terhadap 23 daripada kami kerana mengusir pekerja mereka dari tapak empangan pada 2013,” ujar Nungang.
Lejau Tusau, bekas Ketua Kampung Long Mekaba dan salah seorang yang terlibat aktif menentang pembinaan empangan itu berkata beliau amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem kerana memulangkan tanah NCR mereka.
“Saya berharap ini adalah muktamad tetapi jika mereka memulakan projek pembinaan empangan itu kami akan kembali menentang.
“Saya mahu mendengar peng-umuman rasmi secara bertulis atau pengumuman daripada kerajaan mengenai pembatalan projek pembinaan Empangan Hidroelektrik Baram. Selepas itu, kami akan menamatkan sekatan,” janjinya.
James Nyurang, juga bekas Ketua Kampung Tanjung Tepalit, Baram berkata: “Ketika kami sangat gembira, jika kerajaan benar-benar membatalkan pembinaan Empa-ngan Baram, sekarang kami mahu memohonkan usaha menambah baik infrastruktur di Ulu Baram agar kami dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.”

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress