15 April 2016

Dua Lelaki Dipercayai Warga Sarawak Ditembak Mati


Kota Kinabalu: Dua lelaki ditemui mati ditembak dalam pacuan empat roda di tepi jalan, di Jalan Kolam, Luyang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 30-an dipercayai berasal dari Sarawak meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian, pacuan empat roda Toyota Land Cruiser dinaiki tiga lelaki dalam perjalanan dari Bukit Padang ke pusat bandar dan ketika itu keadaan lalu lintas agak sesak.

Sebaik tiba di lokasi berhampiran stesen minyak, sebuah motosikal ditunggang dua lelaki dipercayai terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin di bahagian pemandu.

Akibat tembakan itu, pemandu dan penumpang depan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi rakan mereka berjaya menyelamatkan diri.

Kenderaan mangsa yang hilang kawalan turut merempuh sebuahkereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita namun wanita itu tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra turut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Kelihatan sepasukan polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Sabah berada di lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.

14 April 2016

79 Calon BN Sudah Diketahui Kini Tinggal 3 Lagi Calon BN Belum Diumumkan


SIBU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan 5 lagi calon BN dengan tiga daripadanya calon Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) dan dua lagi calon BN Langsung.

Tiga calon SPDP antaranya Kilat anak Briak di DUN Krian, Roland Duat di DUN Meluan dan Willie Liau di DUN Ba'kelalan.

Dua lagi calon BN Langsung ialah Tan Sri William Mawan yang akan mempertahankan kerusi DUN Pakan dan Dato Janet Lau akan mencuba nasib di DUN Pelawan.

Kesemua nama-nama calon tersebut diumumkan di Sibu petang tadi.

Sehingga kini, BN telah pun mengumumkan 79 calon yang akan bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 dan tiga lagi calon masih lagi belum diumumkan antaranya di DUN Tasik Biru, DUN Meradong dan DUN Marudi.

Ramai pemerhati politik berpendapat ketiga-tiga kerusi DUN yang masih belum diumumkan itu akan diberikan kepada calon dari Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Senarai calon-calon Barisan Nasional (BN) Sarawak yang telah diumumkan Adenan.

DUN N.01 Tasik Biru

DUN N.02 Opar
Ranum Mina - Calon Langsung BN

DUN N.03 Tanjung Datu
Adenan Satem - BN-PBB

DUN N.04 Pantai Damai
Dr Abdul Rahman Junaidi - BN-PBB

DUN N.05 Demak Laut
Dr Hazland Abang Hipni - BN-PBB

DUN N.06 Tupong
Fazruddin Abdul Rahman - BN-PBB

DUN N.07 Samariang
Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali - BN-PBB

DUN N.08 Satok
Abang Johari Tun Abang Openg - BN-PBB

DUN N.09 Padungan
Peter Pau - BN-SUPP

DUN N.10 Pending
Milton Foo - BN-SUPP

DUN N.11 Batu Lintang
Sih Hua Tong - BN-SUPP

DUN N.12 Kota Sentosa
Wilfred Yap - BN-SUPP

DUN N.13 Batu Kitang
Lo Khere Chiang - BN-SUPP

DUN N.14 Batu Kawa
Dr Sim Kui Hian - BN-SUPP

DUN N.15 Asajaya
Abdul Karim Rahman Hamzah - BN-PBB

DUN N.16 Muara Tuang
Idris Buang - BN-PBB

DUN N.17 Stakan
Mohammad Ali Mahmud - BN-PBB

DUN N.18 Serembu
Miro ak Simuh - Calon Langsung BN

DUN N.19 Mambong
Dr Jerip Susil - Calon Langsung BN

DUN N.20 Tarat
Roland Sagah Wee Inn - BN-PBB

DUN N.21 Tebedu
Michael Manyin Jawong - BN-PBB

DUN N.22 Kedup
Martin Ben - BN-PBB

DUN N.23 Bukit Semuja
John Ilus - Calon Langsung BN

DUN N.24 Sadong Jaya
Aidel Lariwoo - BN-PBB

DUN N.25 Simunjan
Awla bin Dris - BN-PBB

DUN N.26 Gedong
Mohd Naroden Majais - BN-PBB

DUN N.27 Sebuyau
Julaihi Narawi - BN-PBB

DUN N.28 Lingga
Simoi Peri - BN-PBB

DUN N.29 Beting
Maro Razali Gapor - BN-PBB

DUN N.30 Balai Ringin
Snowdan Lawan - BN-PRS

DUN N.31 Bukit Begunan
Mong Dagang - BN-PRS

DUN N.32 Simanggang
Francis Harden Hollis - BN-SUPP

DUN N.33 Engkilili
Johnical Rayong - Calon Langsung BN

DUN N.34 Batang Ai
Malcolm Mussen Lamoh - BN-PRS

DUN N.35 Saribas
Mohd Razi Sitam - BN-PBB

DUN N.36 Layar
Gerald Rentap Jabu - BN-PBB

DUN N.37 Bukit Saban
Douglas Uggah Embas - BN-PBB

DUN N.38 Kalaka
Abdul Wahab Aziz - BN-PBB

DUN N.39 Krian
Kilat anak Briak - BN-SPDP

DUN N.40 Kabong
Mohd Chee Kadir - BN-PBB

DUN N.41 Kuala Rajang
Len Talif Salleh - BN-PBB

DUN N.42 Semop
Abdullah Saidol - BN-PBB

DUN N.43 Daro
Shafiee Hj Ahmad - BN-PBB

DUN N.44 Jemoreng
Dr Juanda Jaya - BN-PBB

DUN N.45 Repok
Huang Tiong Sii - BN-SUPP

DUN N.46 Meradong

DUN N.47 Pakan
William Mawan - Calon Langsung BN

DUN N.48 Meluan
Roland Duat - BN-SPDP

DUN N.49 Ngemah
Alexander Vincent - BN-PRS

DUN N.50 Machan
Allen Siden Gramong - BN-PBB

DUN N.51 Bukit Assek
Chieng Buong Toon - BN-SUPP

DUN N.52 Dudong
Tiong Thai King - Calon Langsung BN

DUN N.53 Bawang Assan
Wong Soon Koh - Calon Langsung BN

DUN N.54 Pelawan
Janet Lau - Calon Langsung BN

DUN N.55 Nangka
Dr Annuar Rapa’ee - BN-PBB

DUN N.56 Dalat
Fatimah Abdullah - BN-PBB

DUN N.57 Tellian
Yussibnosh Balo - BN-PBB

DUN N.58 Balingian
Abdul Yakub Arbi - BN-PBB

DUN N.59 Tamin
Christopher Gira - BN-PRS

DUN N.60 Kakus
John Sikie Tayai - BN-PRS

DUN N.61 Pelagus
Wilson Nyabong - BN-PRS

DUN N.62 Katibas  
Ambrose Blikau - BN-PBB

DUN N.63 Bukit Goram
Jefferson Jamit - BN-PBB

DUN N.64 Baleh
James Jemut Masing - BN-PRS

DUN N.65 Belaga
Liwan Lagang - BN-PRS

DUN N.66 Murum
Chuk Pai Ugon - BN-PRS

DUN N.67 Jepak
Talib Zulpilip - BN-PBB

DUN N.68 Tanjong Batu
Pau Chiong Ung - BN-SUPP

DUN N.69 Kemena
Stephen Rundi Utom - BN-PBB

DUN N.70 Samalaju
Majang Renggi - BN-PRS

DUN N.71 Bekenu
Rosey Yunus - Calon Langsung BN

DUN N.72 Lambir
Ripin Lamat - BN-PBB

DUN N.73 Piasau
Sebastian Ting - BN-SUPP

DUN N.74 Pujut
Hii Kiing Chiong - Calon Langsung BN

DUN N.75 Senadin
Lee Kim Shin - BN-SUPP

DUN N.76 Marudi

DUN N.77 Telang Usan
Dennis Ngau - BN-PBB

DUN N.78 Mulu
Gerawat Jala - Calon Langsung BN

DUN N.79 Bukit Kota
Dr Abdul Rahman Ismail - BN-PBB

DUN N.80 Batu Danau
Paulus Palu Gumbang - Calon Langsung BN

DUN N.81 Ba’kelalan
Willie Liau - BN-SPDP

DUN N.82 Bukit Sari
Awang Tengah Ali Hasan - BN-PBB

 --KLXpress 14/04/2016 

PRN Sarawak: Hari Penamaan 25 April, Hari Pengundian 7 Mei 2016

KUCHING: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdulah hari ini mengumumkan Sabtu, 7 Mei depan sebagai tarikh pilihan raya negeri Sarawak ke-11.
Tarikh penamaan calon pula akan berlangsung pada 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei depan.
“Majlis penyerahan writ pilihan raya akan berlangsung pada petang ini, 14 April,” katanya pada sidang media khas selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di Merdeka Palace Hotel & Suites dekat sini sebentar tadi.
Mesyuarat bermula sekitar 9.40 pagi tadi berlangsung selama dua jam.

BN Sarawak Perlu Menamakan Lapan Lagi Calon


KUCHING - Barisan Nasional Sarawak perlu mengumumkan lapan lagi calon untuk pilihan raya negeri ke-11 selepas mengumumkan 74 calon setakat ini.

Lapan calon itu adalah bagi kerusi Tasik Biru, Krian, Meradong, Pakan, Meluan, Pelawan, Marudi dan Ba'Kelalan.

Enam daripada kerusi itu pernah ditandingi SPDP pada pilihan raya lalu, pada 2011, iaitu Tasik Biru, Krian, Pakan, Meluan, Marudi dan Ba'Kelalan manakala SUPP pernah bertanding di Meradong dan Pelawan.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang juga Pengerusi BN Sarawak, telah mewujudkan duluan dengan menamakan calon-calon parti itu sebelum hari penamaan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijadual bermesyuarat di Kuching hari ini untuk membuat keputusan mengenai tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam pilihan raya yang akan menyaksikan pertandingan untuk 82 kerusi, lebih 11 daripada tahun 2011 berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya.


--KLXpress 14/04/2016

Calon UPP Keluar Parti Untuk Melayakkan Bertanding PRN Sarawak Wakili BN


KUCHING - Presiden UPP Datuk Seri Wong Soon Koh dan lima pemimpin lain keluar daripada parti itu hari ini untuk melayakkan mereka bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 sebagai calon langsung Barisan Nasional (BN).

Setiausaha agung UPP George Lo Kuin Fah berkata Wong, Ranum Mina, Datuk Dr Jerip Susil, Dr Johnical Rayong, Datuk Tiong Thai King dan Datuk Hii King Chiong meninggalkan parti itu sebaik sahaja mereka dinamakan sebagai calon langsung BN.

Ketua Menteri dan pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah menamakan mereka sebagai calon langsung BN.

Lo berkata kesemua mereka mengemukakan peletakan jawatan berkuat kuasa serta merta, sejajar dengan syarat undang-undang dan teknikal yang terkandung dalam perlembagaan BN.

"Kami dimaklumkan bahawa untuk menjadi calon langsung BN, mereka tidak boleh menganggotai sebarang parti. Ini bukan soal pilihan, tetapi bagi mematuhi perlembagaan BN," katanya kepada pemberita di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Lo berkata pemimpin lain akan mengendalikan kepimpinan parti secara bersama.

Peletakan jawatan itu tidak bererti mereka tidak setia, katanya, dan menambah: "Dalam hati dan semangat mereka, mereka tetap bersama kami. Kami akan jelaskan perkara ini kepada semua anggota dan cawangan kami di seluruh negeri bagi mendapatkan sokongan penuh mereka terhadap calon."

Beliau juga berkata UPP tidak akan dibubar dan akan memohon menyertai BN selepas pilihan raya kelak, tetapi berdasarkan prestasi keenam-enam mereka yang berkenaan.

Wong memberitahu pemberita bahawa UPP gembira dengan keputusan Adenan itu serta berharap lebih banyak pemimpin parti berkenaan akan dinamakan sebagai calon, sebelum hari penamaan calon.

"Kami sedia bekerjasama dengan parti komponen BN untuk memenangi pilihan raya dan berharap mereka juga akan menyokong kami sebagai balasannya," kata beliau. 


--KLXpress 14/04/2016

74 Calon BN Telah Disahkan, Tinggal 8 Calon Lagi Menunggu

KUCHING – Sehingga hari ini Barisan Nasional (BN) Sarawak telah mengumumkan 74 calon yang akan bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 akan datang.
Pengerusinya Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah mengumumkan 40 calon dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 12 calon dari Sarawak United People’s Party (SUPP), 11 calon dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan 11 lagi calon mewakili calon langsung BN yang kebanyakannya terdiri daripada United People’s Party (UPP).
Hanya Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) yang masih belum diumumkan calonnya dan masih berunding dengan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).
Dengan 74 calon BN sudah dikenal pasti, kini hanya 8 lagi kawasan yang belum diumumkan calon antaranya DUN Tasik Biru, DUN Krian, DUN Meradong, DUN Pelawan, DUN Pakan, DUN Meluan, DUN Marudi dan DUN Ba’kelalan.
Disenaraikan calon-calon Barisan Nasional (BN) Sarawak yang telah diumumkan Adenan.
DUN N.01 Tasik Biru
DUN N.02 Opar Ranum Mina    Calon Langsung BN
DUN N.03 Tanjung Datu Adenan Satem     BN-PBB
DUN N.04 Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi    BN-PBB
DUN N.05 Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni    BN-PBB
DUN N.06 Tupong  Fazruddin Abdul Rahman    BN-PBB
DUN N.07 Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali  BN-PBB
DUN N.08 Satok  Abang Johari Tun Abang Openg   BN-PBB
DUN N.09 Padungan Peter Pau      BN-SUPP
DUN N.10 Pending  Milton Foo      BN-SUPP
DUN N.11 Batu Lintang Sih Hua Tong     BN-SUPP
DUN N.12 Kota Sentosa  Wilfred Yap      BN-SUPP
DUN N.13 Batu Kitang Lo Khere Chiang     BN-SUPP
DUN N.14 Batu Kawa Dr Sim Kui Hian     BN-SUPP
DUN N.15 Asajaya  Abdul Karim Rahman Hamzah   BN-PBB
DUN N.16 Muara Tuang Idris Buang      BN-PBB
DUN N.17 Stakan  Mohammad Ali Mahmud    BN-PBB
DUN N.18 Serembu  Miro ak Simuh     Calon Langsung BN
DUN N.19 Mambong Dr Jerip Susil      Calon Langsung BN
DUN N.20 Tarat  Roland Sagah Wee Inn    BN-PBB
DUN N.21 Tebedu  Michael Manyin Jawong    BN-PBB
DUN N.22 Kedup  Martin Ben      BN-PBB
DUN N.23 Bukit Semuja John Ilus      Calon Langsung BN
DUN N.24 Sadong Jaya Aidel Lariwoo     BN-PBB
DUN N.25 Simunjan Awla bin Dris      BN-PBB
DUN N.26 Gedong  Mohd Naroden Majais    BN-PBB
DUN N.27 Sebuyau  Julaihi Narawi     BN-PBB
DUN N.28 Lingga  Simoi Peri      BN-PBB
DUN N.29 Beting Maro Razali Gapor      BN-PBB
DUN N.30 Balai Ringin Snowdan Lawan     BN-PRS
DUN N.31 Bukit Begunan Mong Dagang     BN-PRS
DUN N.32 Simanggang  Francis Harden Hollis    BN-SUPP
DUN N.33 Engkilili  Johnical Rayong     Calon Langsung BN
DUN N.34 Batang Ai Malcolm Mussen Lamoh    BN-PRS
DUN N.35 Saribas  Mohd Razi Sitam     BN-PBB
DUN N.36 Layar  Gerald Rentap Jabu     BN-PBB
DUN N.37 Bukit Saban Douglas Uggah Embas    BN-PBB
DUN N.38 Kalaka  Abdul Wahab Aziz     BN-PBB
DUN N.39 Krian  
DUN N.40 Kabong  Mohd Chee Kadir     BN-PBB
DUN N.41 Kuala Rajang Len Talif Salleh     BN-PBB
DUN N.42 Semop  Abdullah Saidol     BN-PBB
DUN N.43 Daro  Shafiee Hj Ahmad     BN-PBB
DUN N.44 Jemoreng Dr Juanda Jaya     BN-PBB
DUN N.45 Repok  Huang Tiong Sii     BN-SUPP
DUN N.46 Meradong
DUN N.47 Pakan  
DUN N.48 Meluan  
DUN N.49 Ngemah  Alexander Vincent  BN-PRS
DUN N.50 Machan  Allen Siden Gramong    BN-PBB
DUN N.51 Bukit Assek Chieng Buong Toon     BN-SUPP
DUN N.52 Dudong  Tiong Thai King     Calon Langsung BN
DUN N.53 Bawang Assan Wong Soon Koh     Calon Langsung BN
DUN N.54 Pelawan  
DUN N.55 Nangka   Dr Annuar Rapa’ee     BN-PBB
DUN N.56 Dalat  Fatimah Abdullah     BN-PBB
DUN N.57 Tellian  Yussibnosh Balo     BN-PBB
DUN N.58 Balingian  Abdul Yakub Arbi     BN-PBB
DUN N.59 Tamin  Christopher Gira     BN-PRS
DUN N.60 Kakus  John Sikie Tayai     BN-PRS
DUN N.61 Pelagus  Wilson Nyabong     BN-PRS
DUN N.62 Katibas   Ambrose Blikau     BN-PBB
DUN N.63 Bukit Goram Jefferson Jamit     BN-PBB
DUN N.64 Baleh   James Masing     BN-PRS
DUN N.65 Belaga  Liwan Lagang     BN-PRS
DUN N.66 Murum  Chuk Pai Ugon     BN-PRS
DUN N.67 Jepak  Talib Zulpilip      BN-PBB
DUN N.68 Tanjong Batu Pau Chiong Ung     BN-SUPP
DUN N.69 Kemena  Stephen Rundi Utom    BN-PBB
DUN N.70 Samalaju Majang Renggi     BN-PRS
DUN N.71 Bekenu  Rosey Yunus      Calon Langsung BN
DUN N.72 Lambir  Ripin Lamat      BN-PBB
DUN N.73 Piasau  Sebastian Ting     BN-SUPP
DUN N.74 Pujut  Hii Kiing Chiong     Calon Langsung BN
DUN N.75 Senadin  Lee Kim Shin      BN-SUPP
DUN N.76 Marudi  
DUN N.77 Telang Usan Dennis Ngau      BN-PBB
DUN N.78 Mulu  Gerawat Jala      Calon Langsung BN
DUN N.79 Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail    BN-PBB
DUN N.80 Batu Danau Paulus Palu Gumbang    Calon Langsung BN
DUN N.81 Ba’kelalan
DUN N.82 Bukit Sari Awang Tengah Ali Hasan    BN-PBB

13 April 2016

PRN Sarawak: Bekas Mufti, Bekas Senator Antara Muka Baharu BN


KUCHING, 12 April - Bekas Mufti, bekas senator, Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak dan pembantu khas timbalan menteri adalah antara sembilan muka baharu, daripada 11 calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya, 44, yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng menyifatkan pengumuman sebagai calon itu merupakan satu cabaran baharu yang perlu dipelajari.

"Saya sudah terlibat dalam pentadbiran agama Islam dan bidang kekeluargaan lebih 20 tahun. Pelantikan (sebagai calon) ini merupakan ilmu baharu bagi saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pengumuman itu.

"Peranan kita di Sarawak yang mempunyai pelbagai agama dan bangsa, ini adalah perkara yang mencabar dalam menentukan hala tuju negeri ini. Saya berharap saya dapat memainkan peranan dalam hal ini," tambahnya.

Sementara itu, Datuk Idris Buang, 62, yang dicalonkan untuk bertanding di DUN Muara Tuang berkata beliau akan bekerjasama dengan semua pihak bagi merencanakan yang terbaik berpandukan kepimpinan parti dan negeri.

"Saya akan kaji kehendak pengundi di Muara Tuang khususnya golongan belia dan wanita. Kita akan bawa lebih banyak pembangunan dan buat yang terbaik," kata peguam dan juga bekas senator itu.

Turut akan bertanding adalah Jefferson Jamit Unyat, 58, cucu kepada mendiang Tun Jugah, seorang pemimpin Dayak yang berkhidmat sebagai menteri persekutuan dalam hal ehwal Sarawak semasa zaman Tunku Abdul Rahman.

"Saya amat yakin untuk menang kerana saya sudah berkhidmat di kawasan itu sangat lama. Saya mempunyai ramai saudara-mara di sana. Saya juga mendapat sokongan daripada semua parti komponen BN," katanya yang akan bertanding di Bukit Goram.

Bagi calon langsung BN DUN Serembu, Miro Simuh, 43, pembantu khas kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri James Dawos Mamit berkata beliau mahu menaik taraf kehidupan dan pendapatan penduduk tempatan melalui lebih banyak program ekonomi.

Calon langsung BN DUN Bukit Semuja, John Ilus, 52, pula berjanji akan meneruskan pembangunan yang sudah dirancang di kawasan itu jika menang dalam pilihan raya.

"Memandangkan Bukit Semuja terletak di Serian yang sudah dinaik taraf menjadi sebuah Bahagian sejak tahun lepas, pelbagai projek pembanguan yang dirancang akan diteruskan," kata pegawai kanan tadbir Pejabat Daerah Serian itu.

Gerawat Jala, 59, calon langsung DUN Mulu, berterima kasih kepada Adenan atas kepercayaannya untuk bertanding.

"Saya akan bekerja keras untuk menyerahkan kerusi itu kepada BN," kata peguam yang merupakan Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak.


12 April 2016

PRN Sarawak: Calon BN Setakat Ini


KUALA LUMPUR, 11 April - Sebelum Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan hari ini, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah pun menamakan dua per tiga daripada calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi 82 kerusi yang akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri ke-11 akan datang.

Berikut adalah senarai calon BN berkenaan termasuk empat calon langsung, yang telah diumumkan setakat ini:

1. Tan Sri Adenan Satem (PBB) - Tanjung Datu

2. Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB) - Pantai Damai

3. Dr Hazland Abg Hipni (PBB) - Demak Laut

4. Fazaruddin Abdul Rahman (PBB) - Tupong

5. Sharifah Hasidah Sayeed Aman (PBB) - Semariang

6. Datuk Amar Abg Johari Tun Openg (PBB) - Satok

7. Peter Pau (SUPP) - Padungan

8. Milton Foo Tiang Wee (SUPP) - Pending

9. Sih Hua Tong (SUPP) - Batu Lintang

10. Wilfred Yap (SUPP) - Kota Sentosa

11. Lo Khere Chiang (SUPP) - Batu Kitang

12. Datuk Dr. Sim Kui Hian (SUPP) - Batu Kawah

13. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB) - Asajaya (kerusi baharu)

14. Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud (PBB) - Stakan (kerusi baharu)

15. Datuk Ronald Sagah Wee (PBB) - Tarat

16. Datuk Seri Michael Manyin (PBB) - Tebedu

17. Maclain Ben @ Martin Ben (PBB) - Kedup

18. Aidel Lariwoo (PBB) - Sadong Jaya

19. Datuk Narodin Majais (PBB) - Gedong (kerusi baharu)

20. Julaihi Narawi (PBB) - Sebuyau

21. Simoi Peri (PBB) - Lingga

22. Razali Gapor (PBB) - Beting Maro

23. Snowdan Lawan (PRS) - Balai Ringin

24. Datuk Mong Dagang (PRS) - Bukit Begunan

25. Datuk Francis Harden Hollis (SUPP) - Simanggang

26. Malcom Mussen Lamoh (PRS) - Batang Ai

27. Ricky @ Mohd Razi Sitam (PBB) - Saribas

28. Gerald Rentap Alfred Jabu (PBB) - Layar

29. Datuk Seri Douglas Uggah (PBB) - Bukit Saban

30. Datuk Len Talif Salleh (PBB) - Kuala Rajang

31. Abdullah Saidol (PBB) - Semop

32. Datuk Seri Huang Tiong Sii (SUPP) - Repok

33. Alexander Vincent (PRS) - Ngemah

34. Allan Siden Gramong (PBB) - Machan

35. Chieng Buong Toon (SUPP) - Bukit Assek

36. Dr Annuar Rapa'ee (PBB) - Nangka

37. Datuk Fatimah Abdullah (PBB) - Dalat

38. Yussibnosh Balo (PBB) - Telian (kerusi baharu)

39. Abdul Yakub Arbi (PBB) - Balingian

40. Christopher Gira (PRS) - Tamin

41. John Sikie Tayai (PRS) - Kakus

42. Wilson Nyabong Ijang (PRS) - Pelagus

43. Tan Sri James Jemut Masing (PRS) - Baleh

44. Liwan Lagang (PRS) - Belaga

45. Chuk Pai (PRS) - Murum (kerusi baharu)

46. Datuk Talip Zulpilip (PBB) - Jepak

47. Datuk Dr Stephen Rundi Utom (PBB) - Kemena

48. Majang Renggie (PRS) - Samalaju (kerusi baharu)

49. Ripin Lamat (PBB) - Lambir

50. Datuk Sebastian Ting (SUPP) - Piasau

51. Datuk Lee Kim Shin (SUPP) - Senadin

52. Dennis Ngau (PBB) - Telang Usan

53. Datuk Abdul Rahman Ismail (PBB) - Bukit Kota

54. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (PBB) - Bukit Sari

55. Paulus Gumbang (Teras/calon langsung) - Batu Danau

56. Rosey Yunus (Teras/calon langsung) - Bekenu

57. Datuk Dr Jerip Susil (UPP/calon langsung) - Mambong

58. Dr Johnical Rayong (UPP/calon langsung) - Engkilili

Gerald Rentap, 42, dan Allan Siden,30, akan bertanding di kawasan yang disandang bapa masing-masing, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu dan Gramong Juna, selama sembilan penggal.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas dikatakan bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri jika beliau memenangi kerusi Bukit Saban. 

--BERNAMA 11/04/2016 


 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress