KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) kesal dengan tindakan tiga wakil rakyat mereka yang memohon untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) sebagai calon langsung Barisan Nasional (BN).
Kekesalan tersebut di-nyatakan oleh Setiausaha Agung UPP George Lo pada sidang media di ibu pejabat UPP di sini, semalam yang turut dihadiri Presidennya Dato Sri Wong Soon Koh serta jawatankuasa kerja parti yang lain.
“Kami telah membaca be-rita mengenai Datuk Dr Jerip Susil, Dr Johnical Rayong Ngipa dan Ranum Mina yang telah memohon untuk menyertai PBB seperti yang dilaporkan dalam media tempatan hari ini (semalam).
“Tetapi kami belum men-dengar perkara sebenar dari mulut mereka bertiga, jadi adalah tidak adil untuk kami membuat sebarang kenyataan mengenai mereka ketika ini.
“Tetapi jika benar mereka memohon menyertai parti lain sejurus selepas dipilih sebagai wakil rakyat atas bantuan kami, ia amat dikesali dan kami berharap berita ini tidak benar,” katanya.
Tambah Lo, beliau telah cuba menghubungi ketiga-tiga mereka namun hanya Dr Rayong berjaya dihubungi dan beliau telah mengesah-kan telah memohon untuk menyertai PBB.
Tetapi menurut Lo, persoalan sama ada permohonan mereka diterima oleh PBB atau tidak itu hanya akan diketahui paling awal pada 5 Jun depan.
Dalam pada itu, Setiausaha Eksekutif PBB Awang Bujang Awang Antek kelmarin telah mengesahkan menerima permohonan daripada ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan untuk menyertai PBB.
Alasan ketiga-tiga mereka menyertai PBB adalah bagi memperkukuhkan landasan politik selepas masing-ma-sing menang di kerusi yang ditandingi pada PRN lalu.
Dr Jerip menang di kerusi Mambong dan dilantik sebagai Menteri Muda Kesihatan Awam manakala Dr Rayong dan Ranum ma-sing-masing menang di kerusi Engkilili dan Opar.
Bagaimanapun ketiga-tiga wakil rakyat ini terus membisu dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini meskipun telah banyak kali dihubungi sejak kelmarin.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.