TIDAK tahu malu. Kalau sudah kaki `spin’ atau putar belit, tidak kira di tempat terbuka atau terang benderang pun, si kaki spin itu akan buat juga. Inilah aksi Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menipu rakyat seolah-olah dia `digari’ polis kelmarin, dengan kedua-dua tangan diletakkan ke belakang semasa direman kerana membocorkan satu dokumen rahsia.
Meskipun aksinya bohongnya sudah terang lagi bersuluh di tempat khalayak, kalau sudah lagaknya si penipu, dia akan buat juga. Ini tidak menghairankan kerana Rafizi dengan penampilan ala-ala pondan ini cukup licik dengan gelaran kaki `spin’.
Peliknya, dia tidak kisah, tidak peduli meskipun mendapat jolokan si penabur fitnah. Seolah-olah sudah menjadi makanan harian Rafizi. Hal berkenaan `cincin’ yang didakwanya milik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari yang habis dijajanya sebelum pilihan raya umum ke-13. Digembar-gemburkan untuk menimbulkan kebencian rakyat.
Kemudian setelah diheret masuk ke mahkamah dan disoal, barulah Rafizi bersuara bahawa kenyataan isu cincin Rosmah itu hanyalah lawak jenakanya. Kenyataan Rafizi ini seolah-olah sesiapa sahaja yang membuat fitnah boleh lepas dengan alasan lawak jenaka.
Tetapi malang sekali, putar belit itu `melekat’ bagaikan gam dalam fikiran sebilangan orang. `Damage has been done’. Bukan setakat `aksi digari itu’, Rafizi ini cukup licik.
Periksalah hansard semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 di Parlimen sebelum ini pun cukuplah. Banyak fakta telah dikeliru atau dimanipulasi oleh Rafizi, sehinggakan wakil-wakil kerajaan terpaksa buat homework memperbetulkannya.
Contohnya, Rafizi mendakwa kerajaan akan mengutip cukai barang dan perkhidmatan (GST) lebih tinggi berbanding kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan.
Dia mendakwa, kerajaan bakal mengutip purata GST RM19 sehari daripada setiap keluarga di negara ini pada tahun depan dan jumlah itu lebih besar berbanding jumlah kenaikan BR1M hanya 14 sen shear. Kononnya, kata Rafizi, peralihan cukai itu juga akan menyebabkan rakyat Malaysia akan membayar sebanyak RM13 bilion cukai tambahan bagi tahun depan.
Dakwaan itu lantas ditangkis oleh Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang menyifatkan pengiraan Rafizi ‘tidak logik’ mengambil kira perbelanjaan itu diandaikan dibuat oleh ‘orang biasa’.
“Bagi saya orang biasa ialah mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah. Kalaulah RM17 sehari (kutipan kerajaan) maknanya beliau kena belanja RM283 membeli barang-barang berGST dan dalam tempoh sebulan perbelanjaan mencecah RM8,500 sebulan untuk membeli barangan GST sahaja.
“Itu belum lagi barang-barang lain yang tidak dikenakan GST. Mereka yang tergolong dalam pendapatan itu tidak akan mampu membayar GST melebihi pendapatan bulanan.
“Mana logik matematik yang membolehkan gaji RM4,000 sebulan membeli barang lebih RM8,500 sebulan…tiap-tiap bulan dia akan berhutang RM4,500 atau lebih 100 peratus daripada sumber gaji bulanan,” kata Nawawi.
Demikian juga dakwaan Rafizi dalam perbahasan rang undang-undang yang sama baru-baru ini di Dewan Rakyat yang mana dia memberi gambaran bahawa kos pembinaan Pusat Perubatan UiTM Shah Alam menelan belanja RM8.2 bilion sehingga terpaksa diperbetulkan kembali oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim yang memaklumkan kos sebenar hanyalah RM559 juta.
Banyak isu dimanipulasikan Rafizi. Antaranya, dia mengatakan kerajaan membelanjakan RM465 juta selama 15 tahun untuk membeli Pesawat Khas Kerajaan ACJ320. Ini bermaksud, kerajaan membelanjakan hanya sekitar RM31 juta setahun, iaitu sekitar 0.01% berbanding keseluruhan peruntukan bajet 2015, sebanyak RM 265 bilion.
Dakwaan itu diperbetulkan semula oleh Jabatan Perdana Menteri bahawa perbelanjaan sebanyak RM31 juta setahun selama 15 tahun ini adalah berdasarkan pertimbangan keselamatan, keperluan semasa dan kerana ia lebih kos efektif berbanding membayar kos penyelenggaraan 2 buah pesawat lama yang uzur dan menyewa sebuah pesawat tambahan untuk digunakan sepanjang tahun lepas.
Kos pembelian ini juga hanya sekitar 1.07% sahaja berbanding dengan peruntukan tambahan yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu mangsa banjir, iaitu RM2.88 bilion yang diumumkan semasa ucapan pengubah suaian bajet Januari lalu.
Rafizi ini `gempak dan gertaknya’ sahaja yang lebih. Tetapi jika dipulangkan kembali paku buah keras, dia buat bodoh sahaja - lebih teruk lagi dia `pusing balik’ 360 darjah terhadap para pengkritiknya.
Dan setelah mengkritik Tabung Haji tempoh hari dengan bermacam-macam tuduhan, tiba-tiba Rafizi gagal menjawab mengapa dia masih memiliki simpanan hampir RM500,000 dalam akaun Tabung Haji? Sedangkan dia sendiri `amat percaya’ institusi itu sudah rugi sejak 2014, rizabnya negatif dan tidak mampu bayar dividen.
Adakah dia sedang menikmati bonus yang baru diumumkan? Rafizi oh Rafizi.
Kalau beginilah putar belit dan muslihat yang dimainkan kamu, usahkan Arul Kanda, bahkan Sukarno, Abraham Lincoln, Ahmad Deedat, bahkan Barack Obama pun boleh `pening kepala’ dengan gelagat kamu Rafizi si pembawa fitnah.
Banyak sudah kes `spin’ sebegini. Bukan sahaja Rafizi tetapi Nurul Izzah, Tian Chua, malah Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pun demikian jugular. Satu spesies. Mohammad Nizar apabila kena saman, sekadar ungkapkan permohonan maaf kepada Perdana Menteri.
Oh! Rafizi. Macam-macamlah kamu.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.