Majlis Kongres Rakyat 2016, Gerakan Selamatkan Malaysia semalam turut digunakan oleh Tun Dr Mahathir bersama-sama kuncu-kuncunya untuk melancarkan tabung kutipan bagi menghidupkan Gerakan Selamatkan Malaysia. Ia susulan daripada penganjuran Kongres berkenaan sempena Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh 47 orang individu dari pelbagai parti politik.
Sama seperti yang dilakukan oleh PAS satu ketika dahulu, menerusi Kongres Rakyat ini dijadikan medan untuk para pentaksub mengutip derma simpati daripada para penyokongnya. Jika PAS, terpulang kepada penyumbang untuk menyumbang berapa sahaja yang mereka inginkan. Tetapi untuk Gerakan ini, para penyumbang diwajibkan menyumbang RM 10 dan keatas.
Menariknya disini, sumbangan berkenaan haruslah disumbangkan melalui akaun bank. Dalam satu risalah yang diedarkan menerusi Kongres Rakyat semalam, para penyumbang dikehendaki menyumbang kedalam satu akaun CIMB yang tertera nama sebuah syarikat, Great Country Venture.
Menariknya disini, menurut beberapa sumber, syarikat yang baru sahaja ditubuhkan ini dipercayai diketuai oleh Zaid Ibrahim, sekutu rapat Tun M itu sendiri. Persoalannya, kenapa harus sumbangan berkenaan dimasukkan kedalam akaun bank syarikat yang dipercayai diketuai oleh Zaid sendiri?
Jika ini berlaku, maka tidak mustahil pada satu ketika nanti pastinya akan tercetus polemik dimana sumbangan berkenaan berkemungkinan besar akan digunakan oleh syarikat berkenaan, bukan untuk bertujuan melicinkan gerakan ini.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.