KUALA LUMPUR - Penganjuran perhimpunan tertutup bagi membantah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak di Shah semalam, dilihat hanya memberi manfaat kepada parti politik DAP, kata Tan Sri Mohd Ali Rustam.
Memetik laporan di FMT, Ahli Dewan Negara itu sebagai berkata, perhimpunan yang diberi nama Kongres Rakyat Rakyat 2016, di bawah penganjuran gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ hanya memberi publisiti percuma kepada DAP dalam menenggelami serta melindungi pelbagai yang melanda parti rasis terbabit.
“Sudah tentu (DAP) akan ambil kesempatan. Kita lihat pembangkang juga sedang berpecah-belah, termasuk terbaru, isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Pembangkang cukup terdesak dan sanggup mengambil apa sahaja kesempatan yang boleh. Saya yakin rakyat kongres rakyatakan menolaknya kerana sudah matang dan memikirkan apa yang terbaik,” katanya seperti memetik laporan di portal berita tempatan.
Mohd Ali berkata demikian merujuk kepada isu membabitkan skandal penjualan dan penukaran status tanah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di Taman Manggis dan pembelian banglo di bawah harga pasaran oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Rentetan daripada itu, parti-parti pembangkang yang kebelakangan ini dipalit pelbagai kontroversi jelas terdesak untuk menyertai perhimpunan diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai cubaan untuk mengalihkan perhatian umum dari terus menuntut penjelasan daripada mereka.
Dalam pada itu, Mohd Ali yang juga merupakan bekas Naib Presiden UMNO itu menegaskan bahawa tindakan Dr Mahathir berkongsi pentas dalam ‘Deklarasi Rakyat’ bersama pemimpin pembangkang juga adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
“Sebarang gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memang harus dibantah dan ditolak oleh rakyat.
“Perbuatan ini, terang-terangan bertentangan dengan amalan demokrasi. Perdana Menteri dipilih menerusi pilihan raya umum (PRU) dan bukan secara demonstrasi jalanan seperti Arab Spring yang menyebabkan huru-hara,” katanya.
Terdahulu, Kongres Rakyat yang merupakan rentetan daripada Deklarasi Rakyat 4 Mac lalu berakhir jam 7:30 petang tadi.
Antara yang hadir ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta bekas presiden Majlis Peguam, S Ambiga.
Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan wakil pemberontak parti PAS iaitu Ahli Parlimen PAS, Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar serta bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.