Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata anggotanya sudah cukup bersedia sepenuhnya dari segi perancangan bajet, penambahan bilangan anggota dan logistik bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
Menurut beliau, pihaknya kini hanya menunggu pengumuman tarikh pembubaran, tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi katanya.
Disebabkan keadaan Sarawak yang unik seperti tempat mengundi di rumah panjang contohnya,beliau berkata pihaknya memerlukan keanggotaan yang ramai dan logistik yang mencukupi demi memastikan perjalanan pilihan raya berjalan lancar dan selamat.
Tambah Khalid lagi, semua aspek perlu diambil kira untuk memastikan perjalanan pilihan raya berjalan lancar terutama penggunaan helikopter untuk bergerak memandangkan beberapa kawasan di negeri Sarawak tidak dapat dihubungkan melalui jalan darat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Pegawai-pegawai Kanan Diwartakan (PPKP/Cawangan Pegawai, PPKP/Cawangan Inspektor dan Pegawai-pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) kali ke-88 2015/2016, di Kulai Johor hari ini.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.