28 March 2016

Lelaki mabuk ganggu orang awam terpaksa diikat

SIBU: Seorang lelaki dipercayai dalam pengaruh alkohol diikat kedua-dua pergelangan tangan selepas disyaki mengganggu ketenteraman awam di Pasar Sentral di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 11.15 malam, pasukan polis dimaklum mengenai  pengawal keselamatan  bertugas dan memberitahu seorang lelaki berbangsa Iban ditangkap kerana cuba  membuat  kacau di situ.
Suspek berumur 20 tahun ketika diperiksa tidak membawa kad pengenalan diri dan tiada kekerasan serta rampasan dilaku ketika polis menahan suspek.
Siasatan awal mendapati suspek berasal dari Serian kemudian dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress