Isu membabitkan penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak hanya menjadi sebutan dikalangan warga Semenanjung. Isu berkenaan juga turut menarik perhatian warga Sarawak yang agak terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Guan Eng ini.
Disaat semua parti termasuk DAP sedang bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka diadakan bila-bila masa, kempen DAP menerima tamparan hebat hanya kerana kerakusan yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung parti berkenaan.
Manakan tidak, menerusi kempen-kempen yang dilakukan oleh DAP Sarawak, mereka memperjuangkan ketelusan dan anti rasuah dikalangan pemimpin parti berkenaan. Namun apa yang ditunjukkan baru-baru ini, DAPlah sebenarnya yang amat suka memanipulasikan undang-undang sehingga tergamak menyalahgunakan kuasa demi kepentingan individu.
Perkara ini jelas menyedarkan ramai rakyat Sarawak betapa DAP sebenarnya jauh lebih teruk daripada apa yang disangkakan. Justeru, adalah tidak mengejutkan, kempen DAP dimana-mana kawasan sekalipun menerima sambutan dingin daripada rakyat Sarawak yang jelas tidak menyukai sebarang unsur rasuah terutamanya melibatkan pemimpin-pemimpin seperi ini.
Nyata sekali, DAP hanya lebih berminat memainkan sentimen kebencian disaat parti itu sendiri jauh lebih kotor untuk mentadbir dan mewujudkan sebuah kerajaan bagi memimpin kira-kira 2.8 juta penduduk Sarawak untuk penggal yang akan datang.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.