Kuala Terengganu: Lima belas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu kecuali ADUN Kijal, menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman selepas selesai sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Sokongan itu berikutan tindakan Bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika berucap pada sesi perbahasan di Sidang Dewan Undangan Negeri ke-13, semalam.
Selain itu, semua ADUN terbabit yang diwakili ADUN Kuala Berang Datuk Tengku Putera Awang, menegaskan pendirian terus berdiri teguh di belakang pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk memimpin negara.
Ahmad Said bagaimanapun tidak hadir dalam sesi persidangan hari ini.
Sementara itu, Ahmad Razif, ketika sesi penggulungan menegaskan akan terus mempertahankan mandat dan amanah yang diberikan kepadanya sebagai Menteri Besar.
HM: http://www.hmetro.com.my/node/121558#sthash.UyaMQGSL.dpuf
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.