Paul Low Seng kuan |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, pihaknya sedang membuat kajian dengan menyediakan input-input untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi proses penyemakan semula akta tersebut.
“Kita akan meneliti keseluruhan akta tersebut, susah untuk memberitahu secara spesifik,” katanya selepas berucap dalam forum Tahunan Perolehan Negara dan Integriti bagi Sektor Awam dan Swasta anjuran Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) di sini hari ini.
Menyentuh mengenai perkembangan yang sama, Paul Low memberitahu, antara lain, kerahsiaan pemberi-pemberi maklumat terutamanya dalam kes-kes melibatkan rasuah dan salah laku sama ada dalam sektor awam mahupun sektor swasta akan terus dijamin.
Beliau menambah, akta tersebut jika diluluskan akan memberi lebih ruang kepada pemberi maklumat.
Ditanya mengenai penyemakan semula Akta Liabiliti Korporat berhubung undang-undang pencegahan rasuah yang melibatkan badan-badan korporat, beliau berkata, proses tersebut kini berada di peringkat akhir.
“Mungkin kita akan mengetahui selewat-lewatnya akhir tahun ini,” katanya.
Beliau memberitahu, mengikut akta tersebut, sekiranya pekerja terlibat dalam rasuah, hanya syarikat terbabit yang perlu bertanggungjawab dan bukan pengarah-pengarahnya.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.