PETALING JAYA - Seorang wanita ditemui maut dalam keadaan tertiarap di Hostel Tropicana di sini petang semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.41 petang itu, pihak polis menerima panggilan daripada polis bantuan di bangunan berkenaan sebelum ambulans daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sampai dan mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, anggota dari Balai Polis Damansara yang tiba di lokasi telah berjumpa dengan keluarga mangsa untuk mengambil keterangan.
“Polis kemudiannya masuk membuat di bilik si mati dan mendapati mangsa yang berusia 27 tahun itu telah meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di atas tilam.
“Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada unsur-unsur jenayah di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, mayat itu kemudiannya dihantar ke PPUM untuk dibedah siasat.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.