10 March 2016

Diperintah Bayar Mutaah RM30 juta

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini memerintahkan anak Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib membayar RM30 juta sebagai bayaran mutaah kepada bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid.
Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab memutuskan demikian selepas berpuas hati Shahnaz selaku plaintif berhak menerima bayaran mutaah itu manakala Mahmud Abu Bekir selaku defendan mampu membayarnya.
Mahkamah memerintahkan defendan membayar nafkah mutaah itu secara ansuran selama tiga bulan bermula 31 Mac dengan bayaran RM10 juta setiap kali pembayaran.
Shahnaz memfailkan permohonan itu pada 2011 dan menuntut RM100 juta. 
Shahnaz dan Mahmud Abu Bekir masing-masing berusia 53 tahun berkahwin pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya, 23.
Bagaimanapun, pada 11 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengesahkan perceraian talak satu antara pasangan berkenaan.
HM: http://www.hmetro.com.my/node/121836

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress