11 March 2016

Ringgit Rendah, Tempias Penurunan Harga Minyak




KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini apabila penurunan kecil harga minyak global menjejaskan sentimen bagi nota tempatan itu, kata peniaga. 

Pada 9.02 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1180/1210 kepada dolar AS berbanding 4.0950/0030 pada 5 petang Khamis. 

Penanda aras minyak mentah global, Brent turun AS$1.02 atau 2.5 peratus kepada AS$40.05 satu tong. 

"Jika harga minyak terus jatuh, ia akan menjejaskan ringgit menuju ke hadapan kerana ia akan mengurangkan pendapatan minyak dan gas negara," kata peniaga. 

Bagaimanapun, seorang lagi peniaga berkata keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus akan membantu kedudukan ringgit menuju ke hadapan. 

Sementara itu, ringgit juta lemah berbanding mata wang utama lain. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9821/9849 berbanding 2.9650/9730 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.6072/6114 daripada 4.4889/4985. 

Ringgit juga lebih rendah berbanding pound Britain pada 5.8772/8827 daripada 5.8206/8332 dan susut berbanding yen kepada 3.6359/6395 daripada 3.6098/6185.



Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress