KUCHING: Pengumuman Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Adenan Satem kelmarin iaitu pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh melanjut pengajian di Universiti Tekonolgi Malaysia (UTM) Cawa-ngan Sarawak, amat dialu-alukan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Dato Sri Wong Soon Koh berkata demikian kepada pemberita semalam apabila diminta mengulas mengenai pengumuman Ketua Menteri itu.
Beliau juga percaya pengumuman itu akan memberi galakan dan inspirasi kepada pelajar sekolah swasta Cina untuk belajar.
“Pengumuman Ketua Menteri ini sudah tentu amat dialu-alukan. Ia berita baik kepada sekolah persendirian Cina.
“Ini sudah pasti akan memberi galakan dan aspirasi kepada pelajar untuk belajar kerana ini satu lagi peluang untuk melanjutkan pelajaran,” ujarnya.
Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua percaya usaha terbaharu kerajaan negeri ini akan dilakukan menerusi perkiraan khas tanpa perlu melalui Unit Pusat Universiti (UPU).
“Saya fikir, perkara ini (pengambilan pemegang UEC) akan dilakukan menerusi perkiraan khas kerana kita bercakap mengenai hak-hak autonomi dan sebagainya.
“Ketua Menteri (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) sudah tentu sudah berbincang mengenai perkara ini dengan mereka (pihak UTM) dan diberi perkiraan khas.
“Sarawak untuk rakyat Sarawak, lebih kurang begitulah asas pengambilan pemegang UEC,” kata-nya.
Ditanya sama ada dasar baharu itu akan dilaksanakan serta-merta, Wong berkata: “Perkara itu saya tidak boleh nak komen.”
Adenan dalam satu majlis di Bintulu kelmarin memberitahu, kerajaan negeri akan terus mengiktiraf UEC bagi membolehkan pemegang sijil itu memohon jawatan dalam perkhidmatan awam dan badan berkanun negeri termasuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di UTM Cawangan Sarawak.
Permohonan melanjutkan pengajian ke UTM Cawa-ngan Sarawak kata Adenan boleh dilakukan tanpa perlu melalui UPU.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.