09 March 2016

Sebat Pesalah Zina Di Khalayak Ramai

Kota Bharu: Kerajaan Kelantan bercadang laksanakan hukuman sebat kepada pesalah zina di hadapan khalayak ramai yang menjadi tumpuan seperti di Masjid Muhammadi, di sini untuk memberi pengajaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, pada masa ini Mahkamah Syariah hanya berkuasa menjatuhkan hukuman sebat kepada pesalah zina dan ia dilaksanakan di penjara.

"Hukuman enam sebatan diberi kepada pesalah zina dan ia tidak memberi kesan kepada mereka.

"Kita mahu mereka (pesalah zina) disebat di hadapan khalayak ramai bagi mengelakkan mereka mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan," katanya ketika berbahas dalam sesi penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, hari ini.

Beliau berkata, untuk melaksanakan hukuman itu, kerajaan negeri akan membuat kajian.

HM: http://www.hmetro.com.my/node/121548#sthash.kV73YOMo.dpuf

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress