11 March 2016

Trump Terus Cari Pasal Dengan Umat Islam

Donald Trump


WASHINGTON: Pendahulu calon presiden Republikan, Donald Trump, terus mencari pasal dengan umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan 'Islam bencikan Amerika Syarikat.' 

Dalam kenyataan kontroversi terbaru itu, beliau juga menegaskan sesiapa yang ada rasa benci terhadap Amerika tidak sepatutnya dibenarkan masuk ke negara itu.

"Saya rasa Islam bencikan kita," katanya kepada CNN, menafikan 'kebencian keterlaluan' yang dikatakan adalah sebahagian takrifan agama itu. Trump, 69, menegaskan perang adalah terhadap golongan radikal, tetapi berkata 'amat sukar untuk ditakrifkan.' 

"Sukan untuk dibezakan kerana anda tidak tahu siapa mereka," katanya. Ditanya sama ada kebencian itu 'ada dalam Islam sendiri', Trump berkata itu menjadi tugas media untuk mencari. 

"Kita perlu berwaspada. Kita perlu amat berhati-hati dan tidak boleh membenarkan sesiapa yang menyimpan kebencian terhadap Amerika masuk ke negara ini," katanya. 

Hartawan itu menjadi tajuk utama akhbar pada Disember lalu apabila menggesa umat Islam dilarang sementara memasuki Amerika Syarikat 'sehingga negara itu mendapat tahu apa sebenarnya sedang berlaku.' - AGENSI

- BH Online

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress