KUCHING: Kira-kira 40 peratus daripada jumlah yang tidak bekerja di negara ini adalah terdiri daripada kalangan graduan baharu.
Menurut Jurutera Kanan Sarawak Energy Berhad (SEB) Feroz Hayat Khan, perangkaan pada Mei 2015 merekodkan 161,000 siswazah daripada 400,000 individu menganggur dalam negara, berusia antara 20 dan 24 tahun masih mencari pekerjaan apabila tamat pengajian sejak enam bulan tahun 2015.
Katanya antara faktor adalah karakter dan personaliti lemah, kekurangan dalam kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi dan penguasaan bahasa yang lemah, sama ada lisan mahupun bertulis, terutama dalam bahasa Inggeris.
“Memilih kerja merupakan salah satu faktor graduan belum bekerja. Anda seharusnya merebut apa sahaja peluang yang ada, tidak kisah jika bermula dari syarikat kecil kerana dari sana anda boleh membina portfolio dan meraih pengalaman sebelum berpindah ke syarikat lebih besar.
“Perkara ini yang perlu disedari oleh graduan lebih awal malah sebelum mereka tamat pengajian,” katanya ketika menyampaikan ceramah kerjaya dan kebolehpasaran ‘You Are Hired’ pada SCaT Fair di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.
Feroz turut mengongsikan tip dalam menghadapi temu duga, dengan menyarankan mereka menggunakan teknik bercerita berbanding menjawab sepatah dua perkataan.
Pendekataan itu termasuk intonasi digunakan katanya, adalah amat efektif dan mampu mengagumkan panel penemu duga.
“Dengan teknologi terkini, anda semua boleh mencari di Internet soalan-soalan lazim yang ditanya semasa temu duga tetapi apa yang mereka tidak beritahu anda adalah cara menjawabnya.
“Kunci untuk menjawab dengan berkesan adalah dengan bercerita,” katanya.
Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada para pelajar universiti, kolej dan sekolah menengah menghadiri ceramah tersebut.
UB: http://www.utusanborneo.com.my/content/40-peratus-penganggur-di-malaysia-graduan-baharu/
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.