12 March 2016

PENGAKUAN SAKSI : NAJIB DAN ROSMAH DIFITNAH BUNUH ALTANTUYA

PETALING JAYA – Cukup gempar, isteri kepada mendiang P Balasubramaniam iaitu penyiasat persendirian, hari ini secara terbuka membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Isterinya, A Santamil Selvi, membuat pengakuan bahawa dia telah terpengaruh dengan hasutan pihak-pihak tidak bertanggungjawab khususnya dalam memainkan kes pembunuhan Altantuya.
“Tujuan saya pada hari ini ialah ingin memofon maaf secara terbuka khususnya kepada Perdana Menteri dan ahli keluarganya bagi pihak saya dan mediang suami saya atas segala kesulitan dan kesusahan atas fitnah semua pihak berkaitan dengan penglibatan mendiang suami atas atas pembunuh Altantuya.
“Saya juga menjelaskan saya dan suami telah tertipu dengan segala janji-janji yang diberikan oleh indidvidu tertentu” katanya di dalam sebuah sidang media bertempat di pejabat Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) sebentar tadi.
Ujarnya dengan jelas, permohonan maaf yang dilakukannya ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, malah ia bersifat peribadi atau datang dari dirinya sendiri yang telah mula sedar.
Selvi turut menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan isteri bagi menyampaikan permohonan maaf terhadap kenyataan-kenyataan fitnah yang pernah dikeluarkannya sebelum ini.
Untuk rekod, PI Bala meninggal dunia ketika di dalam perjalanan ke hospital selepas mengalami serangan jantung pada tahun 2013.
Susulan kematian PI Bala itu, Selvi dilihat pernah mengeluarkan kenyataan fitnah dengan menyebut, “Rosmah Punca Bala (suami) Mati”.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress