KUCHING - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini mengumumkan akan bertanding di 11 Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang.
Pengumuman itu dibuat pada Majlis Makan Malam Pelancaran Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak-Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11 di salah sebuah hotel di Kuching, malan tadi.
Menurut Dato Mustapha Ali Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, antara 11 DUN yang dipertandingkan ialah Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat mengharapkan PAS kali ini akan akan mencipta kemenangan yang pertama di Sarawak.
Terdapat juga seorang calon wanita bukan Islam akan turut bertanding mewakili PAS dalam salah satu DUN yang dipertandingkan dalam PRN ke 11 kelak.
Pada majlis tersebut turut diadakan Gimik Pelancaran Tawaran Sejahtera "Untukmu Sarawak, Kamek Sapot Sarawak" oleh Tuan Guru Dato Seri Tuan Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Pusat.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyatakan penyertaan PAS dalam PRN Sarawak akan datang bertujuan untuk memperkukuhkan sistem semak dan imbang dalam urus tadbir Sarawak melalui penyertaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak seterusnya memantau perjalanan pentadbiran negeri melalui DUN.
Beliau dalam ucapannya turut menyatakan tawaran PAS dalam PRN Sarawak Ke-11 iaitu akan mempertahankan hak anak negeri Sarawak sebagaimana yang termaktub di dalam perjanjian Persekutuan Malaysia 1963.
"Bakal ADUN PAS akan menyokong usaha mempertahankan hak tersebut mengikut saluran undang-undang demokrasi sedia ada" ujarnya.
Selain itu, PAS Sarawak komited memelihara hak pelbagai kaum, agama dan budaya di negeri Sarawak.
Oleh hal yang demikian, bakal ADUN PAS tidak akan memberi ruang kepada isu-isu yang menggangu-gugat hak setiap kaum dan agama di negeri ini dengan mengamalkan budaya harmoni dan sejahtera.
Hadi juga dalam ucapannya menyatakan tawaran PAS juga akan turut konsisten menuntut royalti 20% minyak dan gas.
"PAS akan memastikan hak tersebut dikembalikan kepada rakyat Sarawak secara adil dan saksama oleh bakal calon PAS nanti," katanya.
Kemudahan asas rakyat adalah perkara yang patut dicapai secara menyeluruh dan perkara ini jelas akan diperjuangkan.
"Maka perkara ini akan menjadi perjuangan dan akan disuarakan oleh bakal ADUN PAS untuk dilaksanakan secara menyeluruh untuk rakyat Sarawak," jelas Hadi.
"PAS Sarawak akan menubuhkan Pusat Aduan Rakyat yang aktif di DUN PAS yang menang dengan komitmen mendengar suara dari seluruh masyarakat di DUN berkaitan"ujarnya lagi.
Beliau turut menegaskan bahawa PAS merupakan parti yang menolak perkauman dan merupakan parti masyarakat majmuk.
"Parti PAS adalah parti semua kaum, bukan seperti parti yang lain hanya kepada satu kaum sahaja dan anda lebih tahu parti yang saya maksudkan."katanya.
Pada majlis itu juga turut diadakan penyerahan Dana Infaq Pilihan Raya Negeri Sarawak dari Pesuruhjaya-pesuruhjaya setiap negeri kepada Tuan Guru Presiden dengan dana terkumpul sebanyak RM516,500.
Turut hadir bersama dalam majlis makan malam tersebut ialah Dato Mustapha Ali Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS, Ayahanda Haji Jefri (Pesuruhjaya PAS Sarawak, Puan Zaharah Zaharudin (Pengarah Projek Usahawan Sarawak), Ustazah Noridah Salleh (Wanita Pusat), Nik Abduh Nik Aziz, Mr. Bala Chandran (Ketua Himpunan Penyokong PAS), Julaini (Ketua Muslimat PAS), Tuai Rumah Clement Bayen, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman.
--KLXPress 13/03/2016
13 March 2016
PAS Pertaruhkan 11 Kerusi Dalam PRN Sarawak Ke -11
Posted by Unknown on 1:44:00 PM in | Comments : 0
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.