KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satèm hari ini berkata, beliau tidak berniat untuk menghina dan memperlekehkan masyarakat Iban ketika berucap pada majlis Program Malaysia Inklusif Negara Digital (Minda) pada Sabtu lalu.
Sebaliknya katanya, dia hanya berseloroh dan mengungkapkan dengan nada jenaka, meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengahwini perempuan Iban, memandangkan beliau tidak fasih akan bahasa komuniti tersebut.
” Ia dilihat di luar konteks. Saya hanya bergurau dan dengan nada bergurau. Perdana Menteri, (Datuk Seri Najib Razak) sendiri gelak,” katanya.
Bagaimanapun beliau dengan ikhlas memohon maaf jika gurauannya itu menyinggung masyarakat Dayak di negeri ini.
” Jika (gurauan) in menyinggung sensitivti sesetengah pihak, saya dengan rendah hati memohon maaf, ” kata pemimpin yang berusia 72 tahun itu lagi.
Pada Ahad, Setiausaha Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) mendesak Adenan meminta maaf kepada komuniti itu kerana ucapan yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 menghina, memperlekeh serta memperkecilkan kaum wanita masyarakat itu.
Sehubungan itu, beliau mendesak Ketua Menteri agar meminta maaf atas keterlanjurannya itu.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.