18 March 2016

Polis Siasat, Ambil Tindakan Individu Terlibat Protes Aman

SIBU: Polis menyiasat dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu terlibat dalam perhimpunan haram di Dataran Bandar Sibu (DBS) Fasa 1, pagi semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo berkata, polis tidak ada menerima permohonan permit daripada mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan.
“Kami tidak ada menerima permohonan atau mengeluar sebarang permit kepada mana-mana pihak menganjur sebarang perhimpunan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Perhimpunan itu dipercayai dilakukan sekumpulan penduduk yang mendakwa ahli daripada sebuah parti politik dan ia digelar protes aman yang berlangsung jam 8 pagi dan disertai cuma 50 individu.
Menurut Koo, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011.
Beliau memberitahu, beberapa anggota polis Cawangan Khas turut berada di lokasi perhimpunan.
“Kami akan menyiasat kes dan polis tidak mempunyai masalah mengenal pasti individu yang terlibat,” kata timbalan ketua polis daerah Sibu itu.
Gambar protes tersebut menjadi viral di media sosial dan peserta protes dilihat membawa beberapa sepanduk.
Sepanduk tersebut antara lain menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap seorang wakil rakyat di sini yang juga menteri kanan dalam kabinet negeri.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress