SIDANG MEDIA: Masir ditemani Yazid (kiri) dan Jasni menjelaskan isu permohonan dokumen pengenalan diri yang masih tertangguh di Sarawak. |
KUCHING: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi Pasukan Petugas Khas (PPK) menggesa pemimpin masyarakat memberi kerjasama menangani masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri penduduk pedalaman di negeri ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat berkata, tahun ini JPN Sarawak merancang mengadakan 50 program dianggotai PPK ke seluruh kawasan pedalaman termasuk Murum, Marudi, Baleh dan Pelagus.
“Setakat ini sebanyak 23 program dilaksana, Januari lalu menerusi program ini kita menerima 185 permohonan manakala Februari pula sebanyak 248 permohonan.
“Ada permohonan dilulus serta-merta, ada pula tidak lulus kerana dokumen tidak lengkap,” katanya.
Jelasnya, kerjasama semua pihak terutama pemimpin masyarakat, wakil rakyat dan Ahli Parlimen kawasan pedalaman perlu tampil bersama-sama membantu menangani masalah ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perjumpaan bersama pegawai dan kakitangan JPN Sarawak di Hotel Imperial di sini kelmarin.
Pada masa sama, Masir menyaran pemimpin masyarakat membuat tinjauan bagi mengenal pasti penduduk di kawasan masing-masing yang belum memiliki dokumen pengenalan diri.
“Malah, borang membuat permohonan dokumen pengenalan sudah kita agih seluruh Sarawak,” tambahnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai pencapaian PPK, beliau menjelaskan pada 2015 pihaknya, menerima 4,362 permohonan menerusi 189 program dilaksana di seluruh Sarawak.
Beliau mendedahkan sehingga kini, 1,670 permohonan masih tertangguh melibatkan kes pemohon lewat sijil kelahiran dan kad pengenalan.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kaunter JPN di Pusat Transfomasi Bandar (UTC) Miri akan mula beroperasi pada 14 Mac dan 21 Mac ini di UTC Sibu.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah JPN Mohd Yazid Ramlee dan Pengarah JPN Sarawak Jasni Jubli.
--Utusan Borneo 13/03/2016

Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.