15 March 2016

Pemandu Pacuan Empat Roda Cedera Bertembung Treler

BINTULU: Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) mengalami kecederaan setelah kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori treler di Batu 7, Jalan Bintulu-Miri sekitar jam 1.30 petang semalam.
Semasa kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit dikatakan bergerak laju sebelum hilang kawalan lalu bertembung.
Impak perlanggaran cukup kuat itu menyebabkan lori treler terbabit terbabas ke bahu jalan lalu terbalik manakala 4WD remuk di bahagian hadapan.
Kemalangan itu mengakibatkan lalu lintas mengalami kesesakan teruk di kawasan Batu 7 yang merupakan laluan utama menghubungkan bandar Bintulu-Miri dan daerah Sebauh.
Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam mengeluarkan mangsa yang tersepit di celah-celah kenderaan.
Punca berlakunya insiden itu masih dalam siasatan polis serta pihak berwajib.
--Utusan Borneo 15/03/2016

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress