KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Imigresen telah menyenaraikan 827,921 individu daripada meninggalkan negara ini atas pelbagai kesalahan.
“Semua yang disenarai hitam dilarang meninggalkan negara kecuali mendapat kebenaran pihak berkuasa,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa di Dewan Rakyat, Isnin.
Tambahya bankrap merupakan kesalahan tertinggi yang menyebabkan mereka disenarai hitam iaitu seramai 200,727 orang.
Manakala 118,892 orang yang gagal membayar pinjaman pendidikan juga telah dihalang daripada meninggalkan negara ini, katanya.
“520 orang disenaraihitam bagi kesalahan keselamatan dan 507,782 untuk kesalahan lain,” katanya lagi.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.