SARIKEI: Sepasang suami isteri berhadapan dengan detik yang mencemaskan apabila kereta jenis Kia milik mereka secara tiba-tiba terbakar, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata, kejadian itu berlaku ketika pasangan terbabit sedang dalam perjalanan dari Sarikei menuju ke Kuching.
“Kejadian ini berlaku di Jalan Meruton-Merudu, dekat sini. Berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada mangsa yang berusia 30-an, dia dan isterinya sedang dalam perjalanan ke Kuching.
“Menurut mangsa, ketika sedang memandu, secara tiba-tiba api marak membakar bahagian belakang kereta mangsa. Melihat kejadian tersebut, mangsa dan isterinya terus memberhentikan kenderaan dan bergegas keluar,” kata Suna ketika dihubungi media semalam.
Menurut Suna, tiada sebarang kemalangan berlaku akibat kejadian tersebut dan lokasi kejadian dari balai ialah sejauh sembilan kilometer.
Tambahnya, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian terbabit pada jam 4.09 petang.
“Sebaik menerima panggilan tersebut, sembilan anggota bersama sebuah jentera pemadam telah bergegas ke lokasi kejadian. Ketika tiba di lokasi kejadian pihak bomba mendapati kereta terbabit sudah berada pada tahap 100 peratus terbakar.
“Dalam usaha untuk memadam dan mengawal kebakaran terbabit, pihak bomba telah menggunakan ‘hose reel’ untuk memadamkan kebakaran.
“Pihak bomba mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk mengawal dan seterusnya memadamkan kebakaran berkenaan,” tegas Suna.
Tambah Suna lagi, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa masih lagi dalam siasatan.
--Utusan Borneo 14/03/2016
14 March 2016
Suami Isteri Cemas Kereta Dipandu Tiba-tiba Terbakar
Posted by Unknown on 9:46:00 AM in | Comments : 0
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.