KUALA LUMPUR, 15 Mac - Usul untuk merujuk Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan pertemuannya dengan Jacel H. Kiram pada November lepas, antara yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa itu, hari ini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata mesyuarat itu membincangkan mengenai kaedah dan cara untuk menangani serta membuat keputusan ekoran usul yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai anggota Parlimen Lembah Pantai itu.
"Kita tadi cuba menimbang kaedah macam mana yang kita nak buat. Kita memang sudah mencapai keputusan tetapi saya tidak boleh jelaskan satu persatu," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini.
Pandikar Amin, yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan, berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat bersempena lawatan rasmi Speaker Majlis Persekutuan Rusia Valentina Ivanovna Matviyenko.
Beliau berkata perbincangan mengenai isu tersebut akan bersambung pada mesyuarat jawatankuasa seterusnya yang dijadual berlangsung pada Selasa depan.
Ditanya kemungkinan kedudukan Nurul Izzah sebagai anggota Parlimen digantung ekoran pertemuan itu, Pandikar Amin berkata perkara itu belum diputuskan.
"Dalam politik memang ada kemungkinan. Bukan saya seorang buat keputusan tapi yang buat keputusan ialah jawatankuasa," katanya.
Dewan Rakyat pada 3 Dis lepas meluluskan usul merujuk Naib Presiden PKR itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan pertemuannya dengan Jacel, anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.