KUCHING - Dakwaan pemimpin DAP Violet Yong yang menganggap pemansuhan cukai tanah yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem pada Selasa lalu sebagai ‘gimik politik’ membuktikan DAP sudah ketandusan isu.
Mana tidaknya, pengumuman itu yang merupakan suatu keputusan yang tidak dijangka rakyat Sarawak dan rakyat sangat berterima kasih kepada kerajaan.
Sebelum ini kerajaan negeri telah berjanji akan memansuhkan cukai tanah itu dan kini telah mengotakan janjinya dan berharap ini akan meringankan beban rakyat.
Pemansuhan cukai tanah itu dilihat sebagai langkah berani seorang pemimpin untuk meringankan beban rakyat ketika ekonomi negara dihimpit kegawatan.
Menurut Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Dr Nadrawina Isnin, sesiapa boleh sahaja mengatakan tindakan ini sebagai populis, gila atau “election stunt” namun hakikatnya, ia satu tindakan yang “mulia” kerana menghadirkan kelegaan kepada rakyat di bawah sana.
“Rakyat bukan sahaja dapat menjimatkan kos kehidupan sehari-hari, tetapi lebih penting, mereka tidak lagi gundah-gulana tentang status tanah yang dimiliki dan diduduki.
Katanya, tidak semua kerajaan di dunia berani melakukan tindakan seberani itu.
“Rakyat memperoleh hak mereka tanpa perlu membayar premium, tanpa membayar cukai malah tidak perlu membayar kos survei dan pemetaan.
Manakala di pihak kerajaan, mereka akan kehilangan hasil, yang nilainya jutaan ringgit.
”Saya fikir ini bukan gimik politik. Sebaliknya sebagai hadiah kepada rakyat atas kesuburan ekonomi dan kestabilan politik yang kita nikmati hari ini.
Kata Nadrawina, Adenan dapat menyelami pemikiran dan denyut nadi rakyat, yang selama ini lebih rela menduduki rumah tanpa geran yang sah, kerana khuatir terpaksa mengeluarkan kos membayar premium dan cukai tanah.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.