DITAHAN: Suspek (baju nombor 12) dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk siasatan lanjut malam kelmarin. |
SIBU: Seorang lelaki berumur 29 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol seorang wanita berumur 60 tahun di sebuah rumah sewa di Jalan Mission di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, suspek dipercayai memanggil mangsa untuk memasuki biliknya.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak mengendahkan panggilan itu menyebabkan suspek menarik tangan mangsa sehingga ke dalam bilik sebelum mengunci pintu.
Mangsa dipercayai dirogol suspek di atas lantai.
Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek di rumah sewa terbabit sekitar jam 9.30 malam kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Martin Koo ketika dihubungi mengesahkan laporan kes diterima oleh pihaknya.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.
“Mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan,” jelasnya sambil menambah suspek direman selama tujuh hari.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.