Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berkongsi pengalaman saat-saat apabila beliau hampir meninggal dunia akibat sakit jantung tiga tahun lalu dan bagaimana beliau "bersedia untuk kembali kepada Pencipta-Nya".
Beliau berkata Allah memberi beliau nafas baharu untuk "melakukan apa yang patut saya lakukan".
"Tiga tahun lalu, saya memang sakit. Saya berada di IJN (Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur) dan di Singapura. Pada masa itu saya menyangkakan yang saya akan pergi. Saya panggil semua saudara saya, anak dan cucu saya.
Mereka semua datang dan anda tahu bila anda panggil semua anak-anak dan cucu anda, kamu sudah pasti tahu apa sebabnya. Saya sudah bersedia untuk pergi. Namun Allah itu maha hebat dan saya pulih dan kembali normal".
Dalam satu wawancara dengan Bernama di pejabatnya di sini, Adenan berkata: "Apabila Tuhan memberi nafas baharu, dia seolah-olah menyampaikan mesej sebagai satu bayangan mengenai "apa yang patut saya lakukan".
Adenan, yang mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud dua tahun lalu, menjelaskan bahawa hidupnya sangat bertuah dan Allah amat mengasihi beliau.
"Kehidupan saya sangat baik selepas itu, malah amat berjaya dan saya berasa perlu membantu orang yang kurang bernasib baik berbanding saya," katanya.
Beliau mendedahkan mengenai falsafah kehidupannya dan apa yang dilakukannya beliau melakukannya sebagai seorang pemimpin, beliau akan sentiasa menyoal dirinya jika arwah ibu beliau izinkannya atau tidak.
"Itu dasar saya, sehingga hari ini saya akan menyoal diri saya sama ada ibu saya akan merestuinya," katanya. - Bernama
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.