GEORGE TOWN : Sistem pungutan suara atau referendum yang disarankan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menilai populariti antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jelas sekali menyimpang daripada budaya yang diamalkan di Malaysia.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dengan pemimpin dipilih menerusi pilihan raya.
"Negara kita ni negara majmuk, banyak isu, banyak perkara. Jadi, tak payahlah main-main hal referendum ni. Tunggu sahaja pemilihan parti dan pilihan raya. Dari situ buatlah keputusan," katanya pada sidang akhbar selepas melawat tapak projek naik taraf Bayan Lepas Expressway, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai catatan terbaharu Dr Mahathir dalam blognya yang mencadangkan pungutan suara kebangsaan dijalankan oleh sebuah syarikat tinjauan pendapat asing yang boleh dipercayai, dan jika Najib menang dalam pungutan suara kebangsaan, beliau akan berhenti mendesak Najib meletak jawatan.
Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang berharap kerajaan akan terus melaksanakan tanggungjawab dengan menyelesaikan isu seperti peningkatan bebanan kos sara hidup demi kesejahteraan rakyat.

Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.