SIBU: Seorang rahib wanita Katolik berbangsa Cina, Barbara Kiu berumur 80 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Myvi berwarna putih dengan jentera ‘steam roll’ dipercayai milik Majlis Perbandaran Sibu (MPS) di Jalan Datuk Teng Ching Hwa, awal pagi semalam.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah menerima laporan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 6.14 pagi semalam.
Seramai enam pegawai bomba daripada BBP Sungai Merah yang diketuai PBK II Joseph Bin Diea bergegas ke tempat kemalangan maut menggunakan jentera Scania.
Semasa ketibaan pihak bomba, didapati seorang mangsa wanita berbangsa Cina memandu kereta Myvi warna perak melanggar jentera milik MPS yang diparkir di tepi jalan raya.
Difahamkan, mangsa mengalami kemalangan kerana kedudukan jentera tersebut sukar dilihat oleh pengguna jalan raya.
Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan pengusung
dan mangsa dilapor pengsan di tempat duduk pemandu.
Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sibu sekitar jam 9 pagi semalam semasa sedang menerima rawatan lanjut.
Sementara itu, penduduk di sana melahirkan rasa marah serta mendakwa tiada tanda amaran diletakkan di sebelah ‘roller’ yang rosak dan ia hanya dibiarkan semalaman di jalan raya serta berada di lorong kiri dan bukannya di tepi jalan.
Bagaimanapun, pemilik jentera itu mendakwa tanda-tanda amaran yang sudah diletakkan berhampiran jentera namun telah dicuri.
Menurut penduduk setempat jentera ditinggalkan di sebelah lorong kiri itu telah menyebabkan lima kemalangan dalam sekelip mata.
Jentera itu terpaksa ditinggalkan di situ semalaman selepas ia didapati rosak.
Penduduk berkata lima kemalangan jalan raya berlaku dari tengah malam hingga waktu subuh.
Mereka berkata, dalam tiga kemalangan pertama membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal di mana pemandu dan penunggangnya mengalami cedera ringan.
“Dalam kemalangan keempat berlaku pada jam 5.30 pagi seorang penunggang motosikal mengalami pendarahan yang banyak dan dimasukkan ke hospital selepas kakinya patah,” kata mereka.
Motosikalnya rosak teruk selepas melanggar jentera terbabit.
Sehubungan itu, kakitangan hospital berkata mereka baharu sahaja tiba di hospital selepas mengejarkan penunggang terbabit yang cedera dan tidak lama selepas itu mereka menerima panggilan kecemasan lagi di mana kemalangan itu meragut nyawa rahib terbabit di lokasi yang sama.
--Utusan Borneo 14/03/2016
14 March 2016
Rahib Maut Kereta Langgar Jentera Rosak Di Tepi Jalan
Posted by Unknown on 9:40:00 AM in | Comments : 0
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.