KUALA LUMPUR – Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir mana-mana pendeposit Tabung Haji yang mengeluarkan simpanan dan kemudian mendaftarkan semula untuk menunaikan haji perlu menunggu giliran hingga 70 tahun akan datang. Inilah realiti terpaksa ditanggung oleh pendeposit Tabung Haji yang terpengaruh dengan dakwaan pembangkang yang cuba memburukkan institusi itu menyebabkan mereka mengeluarkan wang simpanan masing-masing.
Kesannya bukan sahaja terpaksa menunggu giliran hingga 70 tahun malah mereka tidak dapat menikmati lapan peratus dividen iaitu keuntungan paling besar sejak 1994.
“Keadaan yang menjadi tekanan bukan kepada Tabung Haji semata-mata, malah kepada 8.8 juta pendeposit yang kebanyakannya terpengaruh dengan fitnah-fitnah, tohmahan-tohmahan yang menyatakan Tabung Haji tidak mampu membayar dividen, malah mengalami kerugian.
“Memang ada kesan yang akan dialami, contohnya bila mereka keluarkan wang simpanan dalam masa yang kita dah ‘reserve’ pendeposit itu untuk ditawarkan pergi menunaikan haji, mereka terpaksa tunggu pula mungkin lebih dari 70 tahun untuk tunaikan haji,” katanya bagi menjawab soalan ahli parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah di Dewan Rakyat, Isnin.
Terdahulu, Ahmad meminta kerajaan menyatakan adakah Tabung Haji terkesan daripada setiap tohmahan dan fitnah yang lemparkan oleh sesetengah pihak berikutan perkara itu.
Rafizi sebelum ini membuat pelbagai tuduhan palsu berhubung kedudukan kewangan TH bagi menghasut orang ramai supaya mengeluarkan wang simpanan mereka sekali gus boleh menyebabkan TH lumpuh.
Dalam pada itu, Jamil turut menjelaskan penyata kewangan agensi itu disediakan mengikut piawaian pelaporan kewangan yang diterbitkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dan menurut prinsip syariah.
Malah, Ketua Audit Negara pada 3 Februari 2016 mengesahkan Jabatan Audit Negara telah menyemak polisi perakaunan yang digunapakai oleh TH adalah konsisten dan mematuhi konsep berhemat (prudence).
Oleh yang demikian, kata TH, tiada sebarang isu berkaitan dengan ‘creative accounting’ yang digunapakai oleh TH seperti yang digembar-gemburkan oleh setengah pihak.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.