KUCHING: Datuk Seri Najib Razak membidas pihak yang cuba mengheret rakyat dalam usaha menggulingkan kerajaan, sedangkan gerakan itu hanya untuk memenuhi agenda peribadi.
Perdana Menteri berkata, pihak terbabit tidak boleh mendakwa apa yang mereka cetuskan itu sebagai tuntutan rakyat kerana ia tidak dipersetujui keseluruhan rakyat negara ini.
Justeru, beliau meminta rakyat agar bijak menilai apa sebenarnya yang diperjuangkan pihak terbabit dan menilai di antara fakta dan auta. "Janganlah kelirukan rakyat dengan mendakwa apa yang mereka mahu lakukan itu adalah deklarasi rakyat. Itu tidak lebih hanya untuk memenuhi agenda peribadi. Janganlah heret rakyat dalam usaha itu," katanya.
Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan tiga hari ke negeri ini, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Malaysia Inklusif Negara Digital (MINDA) peringkat kebangsaan di Tebingan Kuching.
Sementara itu, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dalam ucapannya menzahirkan kekaguman beliau dengan Perdana Menteri yang disifatkannya melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan lima Perdana Menteri terdahulu.
Beliau berkata, sepanjang enam tahun menerajui kepimpinan negara, Najib sudah mengadakan 47 lawatan ke Sarawak.
"Itu sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sebelumnya dan ia amat mengkagumkan.
"Beliau (Najib) bukan datang dengan tangan kosong, tetapi setiap kali datang, ada sahaja pengumuman besar untuk pembangunan negeri ini," katanya. -Berita Harian-
--KLXpress 13/03/2016
13 March 2016
Jangan Babitkan Rakyat Dalam Agenda Peribadi - Najib
Posted by Unknown on 1:58:00 PM in | Comments : 0
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.