BUKIT MERTAJAM – Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesediaan parti itu untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kononnya demi usaha untuk menyelamatkan Malaysia.
Memetik laporan The Sun, Wan Azizah yang juga merupakan Ketua Pembangkang sebagai berkata, parti itu menggesa semua semua pihak untuk mengetepikan segala konflik demi menyelamatkan negara.
Namun begitu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menegaskan bahawa kerjasama dengan Najib perlu dibentuk dengan terma dan syarat-syarat yang membolehkan negara ini demi mencapai kemajuan.
“Kami tidak boleh bekerjasama jika berbuat perkara yang akan membawa kerugian kepada negara dan rakyat Malaysia,” ujar Wan Azizah memetik laporan portal The Sun.
Terdahulu, Lim Kit Siang menjelaskan menerusi blognya, bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pimpinan di Malaysia, termasuk Najib.
Walaupun begitu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu menggariskan beberapa syarat sebelum bekerjasama, termasuk membebaskan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Syarat-syarat lain termasuk menarik balik pindaan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Hasutan 1948 dan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara.
Beliau juga menggesa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan digantung, mengurangkan separuh saiz Kabinet dan kerajaan untuk memberi tumpuan kepada kesihatan, perumahan dan pendidikan.

Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.