18 March 2016

Shahidan Malukan Azmin Dalam Parlimen

DS Azmin Ali yang cuba berlagak seperti seorang 'hero' memperjuangkan hak negeri Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak di Dewan Rakyat, bagaimanapun telah dimalukan oleh Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan membongkar rahsia mengenai hak royalti minyak yang tidak diberikan kepada Kelantan selama ini, disebabkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Shahidan berkata, Kelantan tidak mendapat royalti minyak adalah disebabkan sifat rakus dan dendam Anwar terhadap rakyat Kelantan yang kuat menyokong Pas. Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan tidak pernah meluluskan dan menolak bulat-bulat permohonan royalti minyak sebanyak 5% kepada Kelantan.

Ketika Menteri Kewangan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, masa itu Yang Berhormat (Mohamed Azmin) merupakan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kewangan, Menteri Kewangan tidak terima, Menteri Kewangan tolak dalam Majlis Kewangan Negara. Anwar bukan sahaja tolak Perlis tetapi tolak Kelantan.

Shahidan menggesa Azmin supaya berhenti berlakon menjadi hero untuk meraih undi rakyat Kelantan.., memandangkan rakyat Kelantan tidak mendapat merasai royalti minyak disebabkan dendam Anwar.

Dengan tindakan Shahidan yang membidas Azmin didalam Dewan Rakyat, jelas Azmin terkedu malu kerana beliau tahu Kelantan tidak mendapat royalti disebabkan Anwar.


Sumber: http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/03/azmin-ali-kena-hentam-kaw-kaw-dengan.html

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress