MELAKA: Pemandu treler berusia 50-an yang dipercayai terlibat dalam insiden merempuh lebih 15 kenderaan yang diparkir di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), di sini pada malam hari Ahad lepas, ditahan reman empat hari bagi siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata lelaki yang berasal dari Utara itu ditahan di Balai Polis Salak Tinggi Sepang Selangor pada 5.12 petang semalam selepas suspek membuat laporan polis di balai berkenaan pada 3 petang.
"Treler terlibat dibawa ke Balai Polis Malim bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi di sini Selasa.
Dalam kejadian kira-kira 9.50 malam itu, lebih 15 kenderaan yang diparkir di bahagian tepi laluan tersebut rosak teruk akibat dirempuh treler ketika pemilik kenderaan menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super yang berlangsung di Stadium Hang Jebat antara Kelab Polis Diraja Malaysia dengan Johor Darul Takzim.
Sementara itu, Pihak Perbadanan Stadium Melaka (PSM) telah menyediakan lebih 15,000 petak meletak kenderaan di dalam Kompleks Sukan Hang Jebat bagi penonton atau pengunjung yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung di stadium tersebut pada masa akan datang.
Pengerusi PSM Datuk Yusoff Mahadi berkata jumlah petak meletak kenderaan berkenaan tidak termasuk kira-kira 3,000 kenderaan yang boleh ditempatkan di kawasan lapang seluas 4.9 hektar di dalam kompleks berkenaan.

Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.