18 March 2016

Kanak-kanak lelaki rentung

Miri: Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun rentung dalam kebakaran rumah kayu dua tingkat di Jalan Padang Kerbau, Kampung Pujut di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, mangsa dipercayai terperangkap manakala empat penghuni lain juga saudaranya berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.03 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Lopeng dikerahkan ke lokasi dan berjaya mengawal kebakaran pada jam 6.27 pagi.

"Bagaimanapun, seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung di bahagian bawah rumah berkenaan," katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai terperangkap apabila lantai tingkat dua bangunan berkenaan runtuh dan menghempap mangsa.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Miri oleh pihak polis," katanya.

Katanya, setakat ini, punca kebakaran masih dalam siasatan

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress