KUCHING, 15 Mac - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengulangi bahawa hanya calon boleh menang yang akan dipertaruhkan pada pilihan raya negeri ke-11.
Mereka termasuk penyandang daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) yang mesra Barisan Nasional (BN), katanya dalam temu bual dengan Bernama.
Adenan berkata beliau 'tidak boleh tidak mengendahkan' penyandang dalam UPP dan Teras yang boleh menang dalam pilihan raya itu, dan menambah, mereka boleh menyertai mana-mana parti komponen BN selepas dipilih.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan sama ada kesemua sembilan penyandang dalam UPP dan Teras akan dicalonkan sebagai calon langsung BN untuk mempertahankan kerusi masing-masing.
Lima daripada penyandang itu adalah daripada Teras dan empat daripada UPP, dengan sebahagian besar daripada mereka merupakan anggota Kabinet negeri.
Adenan berkata beliau telahpun memaklumkan kepada semua parti komponen BN berkaitan keputusan untuk meletakkan calon langsung BN.
"Ada yang agak keberatan untuk bersetuju, tetapi mereka semua menerima keputusan itu," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan berlaku tikam belakang dan sabotaj dalam pilihan raya akan datang.
"Jangan katakan bahawa pilihan raya akan berjalan tanpa masalah. Akan ada rasa tidak puas hati dalam pemilihan calon dan seterusnya... namun segala-galanya mesti terkawal," katanya.

Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.