SIBU: Sekumpulan penduduk di sini mendakwa ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengadakan protes secara aman di Dataran Sibu pagi semalam.
Protes tersebut berlangsung sekitar jam 8 pagi semalam dan disertai kira-kira 50 orang.
Tuai Rumah Ali Jampi dari Nanga Tutus, Bawang Assan yang merupakan salah seorang peserta protes berkenaan berkata, tujuan protes diadakan untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah parti baharu yang merupakan serpihan SUPP.
Ali mendakwa parti baharu itu cuba mengawal fungsi jabatan dan agensi kerajaan di sini untuk kepentingan mereka.
“Mereka belum lagi diterima sebagai komponen BN tetapi sudah berlagak dengan bertindak mengawal jabatan di bawah telunjuk mereka.
“Kami merasakan ia agak keterlaluan dan tindakan sebegini sudah tidak lagi diterima,” katanya semasa dihubungi Utusan Borneo semalam.
Menurut Ali, turut menyertai protes tersebut ialah beberapa wakil parti komponen BN lain.
Sementara itu, pemerhatian terhadap gambar protes yang sedang viral di media sosial mendapati peserta turut membawa sepanduk.
Berdasarkan tulisan pada sepanduk tersebut ia ditujukan kepada seorang menteri kanan kerajaan yang menerajui sebuah parti baharu.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.