KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini memberitahu bahawa kediaman yang dibelinya bukanlah sebuah rumah mewah, selepas ada pihak mendakwa bahawa harga pembelian rumah tersebut tidak realistik.
Setiausaha Agung DAP itu berkata demikian bagi menjawab kepada tuntutan ahli parlimen Barisan Nasional supaya siasatan rahsuah dilakukan terhadap Lim Guan Eng berkenaan pembelian rumah yang sebelum ini di sewa beliau di Pulau Pinang, seperti yang di dakwa dibeli dengan harga yang lebih rendah berbanding harga semasa.
“Ianya bukan rumah agam dan tidak mempunyai kolam renang,” ujar Lim seperti yang dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini.
“Saya akan menjawab mengenai isu tersebut di dalam sidang media esok.”
Menurut ahli parlimen Barisan Nasional yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor Datuk Shabudin Yahaya, Lim membeli rumah tersebut pada harga RM2.8 juta sedangkan pada tahun 2008, rumah tersebut bernilai RM2.5 juta.
Rumah yang dibeli oleh Lim Guan Eng itu terletak di Jalan Pinhorn, dan dibeli dari pemiliknya terdahulu yang dikenali sebagai Phang Li Koon.
Ujar Shabudin, "Rumah ini disewa Yang Berhormat Bagan sebagai kediaman beliau setelah enggan tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan negeri atas alasan anai-anai sejak menang pilihan raya umum ke-12 pada 2008,
"Pada 21 Oktober 2015, Yang Berhormat Bagan telah membeli rumah tersebut daripada Phang dengan harga RM2.8 juta, cuma 12 peratus melebihi harga belian yang dibuat Phang pada 2008," katanya.
Shabudin menegaskan bahawa ianya adalah sesuatu yang mustahil apabila rumah tersebut hanya mengalami pertambahan nilai sebanyak RM300,000 sejak tahun 2008, dan menyamakan kes Lim itu sama seperti yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo yang membeli rumah di bawah harga pasaran melalui amalan rasuah.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.