IPOH : Lapan individu dipercayai terlibat dalam kegiatan penganugerahan pingat dan darjah kebesaran palsu di negeri ini telah ditahan polis dalam tangkapan berasingan sejak 16 Februari lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, kesemua suspek termasuk dalang utama sindiket berkenaan ditahan dalam ‘Op Anugerah’ berusia 35 hingga 65 tahun.
“Kesemua mereka ditahan di Perak, Johor dan Kuala Lumpur. Tangkapan terhadap suspek dibuat di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
“Kesemua suspek direman mengikut Seksyen 4(2) POCA 1959 sementara menunggu Lembaga Pencegahan Jenayah bersidang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis di Mes Pegawai Kanan Polis di sini hari ini.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.