KUCHING: Menyifatkan apa yang berlaku selama empat hari di negeri ini satu pengalaman meresahkan namun dua warga Australia, wartawan Linton Besser dan jurukamera Louie Eroglu melahirkan rasa lega selepas tidak didakwa di mahkamah di sini, semalam.
Kedua-duanya daripada Australian Broadcasting Corporation (ABC) ditangkap Sabtu lepas kerana tidak mematuhi arahan polis agar tidak memasuki garisan keselamatan ketika mereka dikatakan membuat liputan tentang program dan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.
“Saya rasa lega kerana ia sudah berakhir dengan baik dan kami tidak dapat meng-ulas lanjut.
“Apa pun ia satu pengalaman meresahkan bagi kami namun gembira kerana ia sudah berakhir dan pastinya keluarga serta rakan-rakan kami gembira dengan ke-sudahan ini,” kata Besser ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, semalam.
Kedua-dua mereka yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines ke Singapura pada jam 10.30 pagi semalam diiringi peguam yang me-wakili mereka Albert Tang dan Gordon Tang.
Besser dan Eroglu sepatutnya dijadualkan didakwa di mahkamah di sini sekitar jam 8.30 pagi semalam di bawah Seksyen 186 Kanun Ke-seksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi, yang boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya.
Bagaimanapun mereka dihantar pulang dari negara ini di bawah Seksyen 8(3)(h) Akta Imigresen 1959/63 apabila polis menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang memutuskan menggugurkan pertuduhan terhadap Besser dan Eroglu.
Besser bagaimanapun memberitahu beliau berhasrat kembali ke Sarawak tetapi untuk bercuti bersama keluarga pada suatu hari nanti.
“Sarawak sebuah tempat indah dan berharap dapat kembali ke sini untuk bercuti bersama keluarga,” katanya sambil memberitahu beliau tidak mahu mengulas lanjut lebih daripada itu.
Beliau pada masa yang sama enggan mengulas lanjut mengenai insiden yang berlaku pada malam berkenaan.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.