KUALA LUMPUR, 14 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 28.4 juta saman trafik dengan nilai kompaun sebanyak RM1.6 bilion sepanjang tahun 2010 sehingga 2015.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis yang diedarkan di lobi Parlimen hari ini menyatakan berdasarkan rekod Sistem Trafik Cops PDRM daripada jumlah itu, sebanyak 14.6 juta saman merupakan saman tertunggak dengan nilai RM1.5 bilion.
"Sebanyak 13.8 juta saman pula telah dijelaskan bagi tempoh yang sama," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh).
Teresa bertanyakan bilangan kompaun trafik yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 2010 dan bilangan kompaun yang masih belum dibayar oleh pemandu kereta, serta setakat mana peningkatan kompaun trafik dapat mencegah peningkatan kemalangan jalan raya.
Menurut KDN, cadangan untuk menaikkan kadar kompaun jalan raya seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertujuan memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan berhemah semasa memandu.
Kementerian itu turut menyatakan nilai kompaun maksimum tidak pernah dikaji sejak Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dikuatkuasakan 29 tahun lalu.

Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.