14 March 2016

Agenda Jatuhkan Najib Bukti Pembangkang Tidak Yakin Boleh Menang PRU-14

KUALA LUMPUR, 14 Mac - Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kekal bertahan sehingga hari ini walaupun diasak dengan pelbagai cabaran dan ujian telah melahirkan kebimbangan pembangkang untuk berdepan pilihan raya umum ke-14.

Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) berkata pembangkang yang terpaksa mengheret beberapa tokoh lama dalam politik untuk bersama-sama mereka dalam agenda menjatuhkan perdana menteri melalui Deklarasi Mahathir membuktikan pembangkang tidak yakin kepada kemampuan mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) secara demokrasi.

"Kalau kita seperti Perdana Menteri (Najib), dah lama tumbang dengan pelbagai serangan, deklarasi rakyat...pihak mereka tidak yakin pada pilihan raya akan datang, disebabkan kewibawaan perdana menteri, mereka guna deklarasi rakyat untuk menjatuhkan perdana menteri," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Abdul Rahman juga menyifatkan Najib sebagai perdana menteri paling 'cool' oleh kerana beliau tidak mudah terpengaruh dengan provokasi pembangkang dan beberapa tokoh politik negara sebelum ini yang tidak berhenti-henti mendesaknya meletak jawatan.

Menurutnya dasar-dasar tranformasi yang dibawa oleh Najib sejak 2010 banyak membawa perkembangan positif kepada usaha untuk mensejahterakan rakyat khasnya dari segi penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan selain mengurangkan masalah pengangguran.

Persidangan dewan bersambung esok.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress