Datuk Idris Buang |
KUCHING: Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang menasihati masyarakat Iban agar menerima gu-rauan Ketua Menteri Datuk Patinggi Adenan Satem yang menyentuh kaum itu sebagai satu gurauan matang.
Menurutnya, gurauan tersebut seharusnya tidak dijadikan isu sebaliknya me-nerimanya sebagai gurauan dalam suasana santai yang berniat baik.
Malah, jelasnya, semua rakyat negeri ini sedia maklum bahawa Adenan seorang yang suka bergurau termasuk ketika berada dalam upacara rasmi yang dilontarkannya menerusi inti pati ucapannya.
“Ingin saya merujuk komen yang tersebar menerusi media sosial berhubung gurauan KM Adenan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan ‘kalau nak belajar bahasa Iban, nak pantas pandai, carilah isteri Iban’.
“Ini jelas satu gurauan yang langsung tidak ada kena mengena dengan unsur penghinaan kepada kaum Iban.
“Bagaimana boleh kita katakan ia (gurauan) adalah penghinaan sedangkan kita semua tahu beliau (Adenan) amat menghormati setiap bangsa khususnya kaum Iban di mana dalam apa juga upacara beliau akan berbahasa Iban,” katanya kepada pemberita menerusi kenyataan akhbar di sini, semalam.
Katanya lagi, berhubung desakan Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) yang meminta Adenan memohon maaf kerana dikatakan me-nyinggung perasaan kaum Iban khususnya kaum wanita, ia lebih disifatkan sebagai ‘kepentingan politik’ dan tidak perlu ditimbulkan.
“Sebenarnya mereka tahu seperti umum tahu, Adenan tidak bermaksud apa yang dikatanya untuk dilaksanakan secara ‘literal’. Ia suatu gurauan yang berunsur ‘gentleman’s kind of jokes’ dan hanya itu sahaja.
“Malah, jika diamati kata-kata Adenan tiada satu pun perkataan atau maksud yang dikatakan menyinggung wanita Iban termasuk me-rendahkan maruah dan martabat golongan wanita itu,” tegasnya.
Pada Sabtu lalu, Adenan dikatakan melemparkan gurauan tersebut ketika ber-ucap merasmikan Program MINDA (Malaysia Inklusif Negara Digital) di sini yang turut dihadiri Najib serta tetamu daripada pelbagai kaum.
Jelas Idris lagi, sepanjang menyandang jawatan Ketua Menteri, Adenan tidak pernah mengetepikan hak atau keistimewaaan masyarakat Iban berbanding beberapa pemimpin politik pembangkang yang hanya muncul apabila tiba musim pilihan raya.
Malah polisi Adenan turut tertumpu pada agenda meng-ubah taraf hidup penduduk luar bandar khususnya di rumah-rumah panjang dan di kawasan pesisiran sebagai teras polisi kerajaan di bawah kepimpinannya.
“Sebaliknya, PEDAS sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang nyata propembangkang dan mempunyai hubungan baik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya ‘rasa terpanggil’ dan cuba mengambil peluang ini untuk mensensasikan gurauan tersebut agar menjadi isu politik.
“Mereka cuba menjejaskan imej Adenan yang kini semakin popular dan diterima rakyat. Justeru, kami melihat sikap ini adalah usaha jelik untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap kemaraan Adenan dengan dasar-dasar, inisiatif dan usaha mensejahterakan rakyat,” jelasnya.
Beliau kemudian turut mempersoalkan di mana keprihatinan PEDAS ketika Watson Nyambek ditimpa kesusahan baru-baru ini.
“Ketika saudara kita Watson ditimpa masalah, Adenan tampil penuh prihatin dan menghulur bantuan kepadanya, di manakah mereka ini semua? Adakah ini (gurauan Adenan) lebih penting dan bermakna?” soalnya.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.