12 March 2016

Bayi Mati Dibunuh Manakala Ibunya Dirogol

Seorang bayi berusia 14 hari mati dibunuh manakala ibu bayi berkenaan telah dirogol di depan anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Mangsa mendakwa telah diserang oleh pemandu dan konduktor bas yang berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian di Kampung Shishgarh, Uttar Pradesh.

Menurut laporan, suspek telah mencekik wanita itu dan mencampak bayi yang didukungnya ke tanah sebelum merogol manakala anak sulungnya yang berusia tiga tahun hanya mampu bersembunyi sambil melihat ibunya dirogol suspek.

Superitendan Polis, Yamuna Prasad berkata, ketika kejadian, mangsa membawa bayinya yang sedang sakit untuk bertemu pengamal perubatan tradisional.

"Ketika pulang, mangsa telah diserang dan dirogol di dalam bas di stesen bas tersebut. Selepas dirogol dia menemui bayinya yang tidak bernyawa lagi," katanya sambil menambah dua suspek tersebut kini telah ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress