12 March 2016

25,000 Pengambilan Penjawat Awam Baru Dikekalkan

Tan Sri Dr Ali Hamsa
Putrajaya : Selaras dengan polisi kerajaan, setiap tahun pengambilan 25,000 penjawat awam baru tetap dikekalkan bagi menggantikan penjawat awam yang bersara untuk mengekalkan jumlah 1.61 juta penjawat awam yang bersesuaian 30 juta bilangan penduduk ketika ini.

Dalam jumlah 25,000 setiap tahun penjawat awam akan bersara dan bilangan yang bersara ini akan diganti penjawat awam yang baru dengan jumlah yang sama, jelas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam Majlis Istiadat Penganugerahan Diploma Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Dalam pekeliling yang dikeluarkan Perbendaharaan Negara bertajuk ' Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan ' Ali Hamsa turut mengulas bahawa antara lain pekeliling tersebut menyebut mengenai pembekuan pengambilan perjawatan baru, bayaran elau lebih masa diperketatkan dan elaun keraian menteri dan timbalan menteri akan dipotong sebanyak 10% berkuatkuasa awal bulan ini.

Mesyuarat Jemaah Menteri yang lalu telah bersetuju berhubung pemotongan 10% elaun keraian dan ia hanya melibatkan anggota pentadbiran dan bukan perkhidmatan awam. Bagi anggota perkhidmatan awam pula, penangguhan pelaksanaan dasar kursus selama tujuh hari merupakan satu langkah penjimatan oleh kerajan dan ianya berkuatkuasa untuk tahun ini sahaja.

Menyentuh tentang pengambilan baru yang tidak dibenarkan ialah apabila wujud keperluan menubuhkan agensi baru. Kerajaan boleh menubuhkan agensi tersebut tetapi menjadi tanggunjawab Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kementerian mencari kakitangan dengan melantik mereka secara penugasan semula daripada kakitangan sedia ada sama ada daripada dalam kementerian atau kementerian yang lain.

Mereka ini yang perlu di tempatkan ke perjawatan di agensi baru disebabkan kemungkinan ada tugas-tugas tertentu agensi telah lapuk atau kepentingannya telah berkurangan yang mungkin patut ditutup atau dikurangkan pekerja.

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 
Copyright © 2016 Qing Xpress: Berita Pilihan. Designed by OddThemes - Published By Qing Xpress